Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

Iklan
2

Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

HAID adalah salah satu masa wanita diharamkan solat dan berpuasa. Solat yang ditinggalkan tidak wajib diganti semula namun puasa yang wajib diganti selepas itu.

Iklan
Iklan

Umum mengetahui salah satu syarat sah puasa ialah suci daripada haid dan nifas iaitu wanita.

ALLAH SWT memerintahkan ke atas wanita haid untuk menahan diri mereka daripada melakukan ibadah - ibadah tertentu seperti puasa. Ini bersandarkan kepada hadis riwayat Abu Said RA, Nabi SAW bersabda:

Iklan

أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ، فَذَلِكَ نُقْصَانُ دينها

Maksudnya:"Bukankah seorang wanita apabila dia dalam keadaan haid, dia tidak boleh solat dan berpuasa? Maka yang demikian itu adalah kekurangan pada agamanya”.

Iklan

(Riwayat al-Bukhari)

[caption id="attachment_110703" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Namun pada masa tertentu wanita tidak menyedari diri didatangi haid dan hanya ternampak darah haid selepas berbuka puasa. Seperti yang diutarakan wanita ini:

SOALAN: Saya ada satu persoalan, saya meyakini bahawa haid pada bulan ini sepatutnya keluar pada jam 5.00 petang. Namun, darah tidak keluar pada waktu itu dan saya telah memeriksanya beberapa kali sebelum sampai waktu berbuka puasa. Ketika saya hendak menunaikan solat Maghrib, saya mendapati ada darah keluar. Saya meragui sama ada darah tersebut keluar sebelum atau selepas berbuka puasa dan status puasa pada hari tersebut. Mohon penjelasan.

JAWAPAN: Pejabat Mufti Wilayah menerangkan wanita yang pernah didatangi haid pada bulan sebelumnya perlu mengambil kira tempoh minimum suci untuk menetapkan haidnya pada bulan terkini.

Tempoh minimum suci antara dua kali kitaran haid adalah sebanyak 15 hari kerana kebiasaannya seseorang wanita tidak akan sunyi daripada kedatangan haid atau suci dalam masa sebulan.

Ini kerana jika tempoh maksimum haid adalah 15 hari, maka lazimnya juga tempoh minimum suci juga sebanyak 15 hari.

Imam Nawawi menjelaskan mengenai waktu seseorang wanita itu boleh dihukumkan sebagai haid. Ia adalah apabila mereka berada dalam tempoh yang memungkinkan dirinya didatangi haid lalu keluar darah, maka ketika itu dihukumkan kepadanya dengan hukum-hukum wanita haid.

Manakala, sekiranya wanita itu berada dalam tempoh yang memungkinkan dirinya suci, maka dihukumkan kepadanya dengan hukum-hukum wanita suci.

Contohnya, jika wanita tersebut adalah wanita mu’tadah (iaitu wanita yang pernah didatangi haid dan suci) maka dihukumkan darah itu sebagai haid sekiranya ia keluar setelah berlalu tempoh 15 hari suci ataupun lebih. Namun, jika darah keluar sebelum selesai tempoh 15 hari suci maka darah itu adalah darah istihadah.

Terdapat satu permasalahan dalam memahami bab ni. Sekiranya wanita itu telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut yang mana dirinya telah melepasi tempoh minimum suci dan telah berada di dalam tempoh yang memungkinkan dirinya didatangi haid. Namun, dia merasa ragu-ragu bilakah sebenarnya waktu bermula haid kerana tidak ada bukti yang mensabitkannya.

Berdasarkan persoalan ini, Imam al-Suyuti ada menyebutkan satu kaedah fiqah iaitu:

الْأَصْلُ فِي كُلِّ حَادِثٍ تَقْدِيرُهُ بِأَقْرَبِ زَمَنٍ

Maksudnya: ‘Hukum asal bagi setiap perkara adalah diandaikan dengan waktu yang paling hampir’

Kaedah ini bermaksud sekiranya berlaku perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi perkara yang sedang terjadi (dalam keadaan tiada bukti yang boleh menetapkan), maka ketika itu hukum tersebut perlu dinisbahkan kepada masa yang terdekat kerana pensabitannya lebih diyakini.

Permasalahan yang hampir sama ada disebutkan dalam kitab al-Asybah wa al-Nazair apabila seseorang yang melihat air mani pada pakaian selepas ia bangun daripada tidur dalam keadaan dia tidak mengingati sama ada air mani tersebut keluar disebabkan dia bermimpi ataupun tidak.

Maka dia perlulah melaksanakan mandi wajib, mengulangi solatnya yang dilakukan sebelum tidur dan menggantikan puasa (jika dia berpuasa).

Al-Dusuqi menyatakan jika seorang wanita melihat adanya darah haid pada pakaian namun tidak diketahui waktu bermula terjadinya haid tersebut, maka hukum wanita ini adalah seperti hukum orang yang melihat air mani selepas ia bangun daripada tidur.

Merujuk kepada pertanyaan di atas, wanita ini jelas berada pada fasa yang memungkinkan dirinya didatangi haid kerana dia telah melepasi tempoh minimum suci 15 hari.

Namun dia meragui darah yang dilihat ketika hendak menunaikan solat Maghrib sama ada darah tersebut keluar sebelum atau selepas Maghrib sedangkan dia tidak mempunyai bukti yang boleh mengesahkannya.

Oleh itu, penentuan hukum adalah berdasarkan andaian waktu yang paling hampir iaitu darah itu dianggap keluar selepas waktu Maghrib. Puasanya sepanjang siang hari tersebut adalah sah dan puasa tersebut tidak wajib diqada.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi