MESKIPUN negara kita sedang berdepan wabak Covid-19 dan masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), proses kemasukan pelajar ke universiti awam tahun ini bagi sesi 2020/2021 tetap diteruskan seperti biasa.
Hanya dengan bantuan jaringan internet, sebarang urusan melibatkan pertemuan kini terpaksa diubah kepada panggilan video.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu diterima pengguna dalam menjayakan sesi tersebut seperti capaian internet yang kadang-kala tidak begitu stabil di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pinggir atau luar bandar.
Seperti apa yang dialami oleh seorang penemu duga yang dikenali sebagai Dr Rozanizam Zakaria, beliau berkongsi situasi yang dialaminya ketika menemu duga bakal pelajar secara dalam talian bagi kemasukan ke program medik.
Dr Rozanizam mendakwa capaian internet yang kurang baik di dalam rumah menyebabkan sesetengah calon pelajar terpaksa keluar ke kawasan yang line clear.
Maka secara tidak langsung bunyi-bunyi asing seperti kicauan burung, deru angin dan pelbagai bunyi di persekitaran pastinya kedengaran dengan jelas membuatkan Dr Rozanizam Zakaria sedikit terhibur.
Namun, baginya ia bukan satu masalah kerana memahami keadaan tersebut.
Tambahnya, mereka tidak perlu meminta maaf kerana itu bukan kesalahan mereka dan pastinya mereka turut tidak mahu hal tersebut berlaku.
"Capaian internet bagus juga tidak menjamin calon itu diterima, andai kata gagal menjawab dengan baik ia bukan alasan untuk mereka diterima semudah itu,” katanya.
So, korang standby la port-port yang line clear okey. Haha!
Sumber:">Dr Rozanizam Zakaria