JIKA mahu mencuba keunikan sajian Nasi Kibas Dulang Besar, apa kata anda membuat tempahan untuk berbuka puasa di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Kibas atau kambing biri-biri dimasak secara teliti oleh barisan cef khas demi memastikan keaslian menu itu terjamin.
Cef Eksekutifnya, Cef Azizul Mohd Noor berkata, sajian berkenaan yang dihidangkan pada setiap hari itu diperap semalaman bagi membangkitkan aroma dan memberi rasa yang lebih padu.
Ujar Cef Azizul, selain itu, pihak hotel juga menyediakan menu lain seperti kari kepala ikan, sup gearbox, nasi beriani kambing, daging masak lada hitam, Gulai Daging Batang Pinang, Ayam Percik Pantai Timur, Udang Masak Lemak Penggaga, Ikan Pari Asam Pedas Melaka dan banyak lagi.
Kepada yang mahukan ruang yang eksklusif untuk berbuka puasa dan melihat pemandangan indah ibu kota pada waktu malam, orang ramai boleh memilih ruang di Sky Lounge.
Jelajah Selera Bersama TAMU
Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Nasi Kibas Dulang Besar, Gulai Daging Batang Pinang, Ayam Percik Pantai Timur dan sup gearbox
Harga: RM169 (dewasa), RM98 (warga emas) dan RM85 (kanak-kanak)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.