Cuba kelainan asam pedas dengan ikan salmon. 'Confirm' boleh tambah berpinggan-pinggan nasi

Iklan
new tasik

BIASANYA asam pedas akan dimasak bersama ikan jenahak, siakap, selar kuning, pari atau kembung.

Namun, jika ingin merasa menu signatur orang Melaka itu dimasak bersama ikan salmon, anda dijemput untuk ke restoran White N Black Lakeside Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Firdaus Jamaluddin, singgahan orang ramai untuk merasai keunikan Asam Pedas Royal Salmon pasti tidak mengecewakan.

Iklan

Baca ni Makan bertambah dengan Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api resipi turun-temurun keluarga cef ini

Selain kelazatan sajian tersebut, beberapa menu lain seperti kambing golek, ayam panggang, tiram dan udang segar disediakan.

Iklan

"Sambil beriftar, para pelanggan juga boleh menikmati keindahan Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di ibu kota. Di samping itu, halwa telinga mereka akan dihiburkan dengan nyanyian kumpulan busker," katanya.

Ujar Mohd Firdaus, pihak restoran turut menerima tempahan untuk memberi infak kepada orang ramai baik untuk individu atau anak-anak yatim di premisnya.

Baca lagi Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Gabungan Makanan Barat & Tempatan

Nama restoran: White N Black Lakeside Titiwangsa

Alamat: No 1,Jalan Tembeling,Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Menu signatur: Asam Pedas Royal Salmon, kambing golek, tiram dan udang segar serta ayam panggang

Harga: Kanak-kanak RM69.90 (7 hingga 12 tahun) & dewasa RM110 (tempahan awal hingga 20 April 2023)

Baca lagi Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Nasi Apollo hidangan iftar wajib cuba di Movenpick. Memang best!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.