Geng kaki pancing dah tak sabar beraksi, pengusaha kolam giat buat persiapan

Iklan
Geng kaki pancing dah tak sabar beraksi, pengusaha kolam giat buat persiapan

PENGUSAHA kolam memancing ikan yang turut menutup operasi mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu kini giat membuat persiapan untuk membuka kembali operasi mereka.

Salah seorang dari mereka, Pemilik Kolam Jati Solution, Rusli Hamat berkata, kawasan kolam pancingnya yang berusia 11 tahun itu telah mula dibersihkan setelah tidak terurus sejak PKP dan fasa-fasa selepas PKP dilaksana sejak hampir empat bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan beberapa sektor akan dibuka secara berperingkat termasuk operasi kolam pancing.

Iklan

Rusli berkata, sejak kolam memancing ditutup, kebanyakan kaki pancing tidak sabar untuk meneruskan aktiviti riadah ini yang peminatnya bukan sahaja dari Kelantan malah ada juga yang datang dari Singapura dan Thailand.

Menurut beliau, antara persiapan yang dilakukannya ialah memotong rumput serta menyusun meja dan kerusi di kedai makan yang terletak di perkarangan kolam miliknya.

Iklan

Rusli berkata memandangkan pada masa ini rakyat mengamalkan suasana normal baharu, pihaknya sangat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mengehadkan penyertaan dan akan mengamalkan penjarakan sosial.

"Sebelum PKP dilaksanakan, secara purata 60 pengunjung sehari datang beriadah di kolam memancing, namun disebabkan normal baharu kami akan hadkan kepada 30 orang sahaja," katanya.

BERNAMA