KADANG-KADANG nak cari bunga yang digubah cantik untuk orang tersayang susah sangat.
Maka, mulalah kita Google dan cari lokasi. Okey, selepas ini anda tak perlu pening kepala lagi.
SinarPlus nak cadangkan anda menggunakan khidmat Pods & Petal Giftlab.
Ditubuhkan pada tahun 2002, Pods & Petal Giftlab merupakan syarikat khusus dalam pemberian hadiah dan penghantar bunga yang menawarkan reka bentuk hamper yang menarik, pakej hadiah dan gubahan bunga yang membentuk trend masa kini untuk semua jenis majlis.
Menariknya, ia juga menerima tempahan menerusi dalam talian, faks, katalog dan laman web mereka www.giftlab.com.my dengan memberikan pengalaman pengguna dalam tempoh 24 jam.
Malah, syarikat tersebut menawarkan penghantaran perkhidmatan pada hari yang sama untuk pesanan sebelum 12 tengah hari.
Menurut Pengarahnya Rosman Jasmi, syarikatnya telah mencipta lebih 5,000 gubahan bunga dan pakej hadiah sehingga sekarang yang boleh di dapati dalam katalog tahunan mereka.
"Pods & Petals Giftlab memenuhi kehendak kedua-dua syarikat and individu atas keperluan pemberian mereka berupa hadiah untuk hari lahir, ulang tahun, bayi, pelancaran syarikat, pembukaan, pemberian perayaan dan sebagainya.
HADIAH BERMAKNA
Menurut Rosman, perniagaan yang dibina berdasarkan kepentingan dan kemuliaan dalam memberi hadiah yang bermakna.
"Kegembiraan yang datang daripada satu pemberian yang mudah pasti cukup berharga. Menjadi misi kami untuk menyediakan pengalaman bermakna dengan mencipta hadiah yang bermakna dan pilihan tawaran yang bergaya," ujar beliau yang mengakui konsep gubahan adalah mengikut trend semasa.
Selama 21 tahun mencipta pengalaman dalam bidang tersebut, beliau mengakui sentiasa memperbaiki kekurangan selain mendapatkan pandangan pelanggan tentang cita rasa serta pilihan mereka.
"Pada masa sama, kami turut menitikberatkan soal pemilihan bunga untuk gubahan. Selain bunga tiruan, kami juga menyediakan gubahan bunga segar.
"Bagi hari-hari istimewa seperti sambutan Aidilfitri tak lama lagi, kami menyediakan gubahan berasaskan biskut dan Kurma, buah-buahan kering, serunding atau sambal kacang yang diletakkan dalam kotak atau bakul," jelasnya.
TIP BUNGA HIDUP TAHAN LAMA
Dalam pada itu, Rosman turut berkongsi tip bagaimana mahu memastikan gubahan bunga hidup bertahan lama.
"Air bersih yang segar akan memastikan bunga hidup yang dipotong anda bertahan lebih lama. Keluarkan bunga dari pasu setiap dua atau tiga hari. Bilas pasu dan isi dengan air bersih.
"Tempatkan susunan anda di dalam peti sejuk semalaman juga akan membantu memanjangkan hayat bunga," ujarnya.
Selain itu katanya, memasukkan gula juga boleh memanjangkan hayat bunga hidup yang dipotong.
"Selain gula, soda penaik juga membantu. Setelah itu, masukkan sedikit kiub ais ke dalam pasu," kongsinya lagi.
Baca lagi Kertas dinding serlahkan ruang. Berikut tip pilih material ini agar tak serabut, kekal lama
Dalam pada masa, jenama berkenaan kini sedang rancak memastikan pelanggan lama dan baharu mendapat hamper raya terbaik.
"Saban tahun, kami bersyukur kerana masih diberi kepercayaan daripada pelanggan baharu mahupun lama untuk menyediakan hamper raya.
"Tahun ini hamper raya yang paling laris ialah tea set menggunakan jenama pinggan Pyrex. Sudah lebih 500 set terjual saat ini.
"Secara keseluruhannya kami sudah menerima tempahan lebih 2,000 unit set hamper raya dengan jumlah jualan anggaran sebanyak RM400,000 berjaya dicapai," jelas Rosman sebelum menutup perbualan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi