Ayam cili daun kesum likat pasti memikat selera, mak-mak wajib cuba

Iklan
Ayam cili daun kesum likat pasti memikat selera, mak-mak wajib cuba

AYAM cili daun kesum memang sedap. Penggemar lauk-lauk ringkas kena cuba tau. Memang enak rasanya.

Ada rasa-rasa lemak dan daun kesum tu yang menyedapkan ayam cili ni.

Iklan
Iklan

Nak buat ayam cili daun kesum ni mudah je sebenarnya tak memerlukan bahan yang banyak.

Lagi senang kalau korang ada tanam daun kesum di rumah tinggal nak petik-petik jer.

Iklan

Minyak sapi wajib ada sebab itulah yang menyedap dan memberi lemak pada ayam tersebut.

Bahan-bahan;

Iklan

  • ¼ cawan minyak sapi (untuk menggoreng & menumis)
  • 1 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam & serbuk kunyit
  • 1 ikat daun kesum diambil daunnya
  • 2 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji jus limau nipis

Bahan kisar;

  • 5 biji cili merah besar
  • 11 biji cili padi merah
  • 11 biji cili padi hijau
  • 15 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Daun kesom

Cuba juga Wajib cuba! Ayam masak asam terpaling ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya

Cara membuatnya;

1. Cairkan minyak sapi, goreng ayam yang digaul garam dan kunyit sehingga masak keperangan. Ketepikan.

2. Bahan kisar ditumis hingga wangi dengan minyak sapi. Masukkan gula perang tumiskan sehingga naik minyak. Perasakan dengan sos tiram, garam, pati ayam dan masukkan sedikit air.

3. Masak dan gaul-gaul sehingga sebati. Masukkan ayam yang digoreng tadi, dua cekak daum kesom dan bawang besar. Gaul sebati.

4. Bila dan sebati, perahkan limau dan masukkan dua sudu minyak sapi biarkan cair sendiri tak perlu dikacau. Siap dihidang.

Selamat mencuba!

KHASIAT DAUN KESOM

1. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut.

2. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala.

3. Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

4. Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin.

5. Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.

Cuba juga Kepak ayam manis pedas sesuai untuk majlis kanak-kanak, mak wajib cuba

6. Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.

7. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita.

8. Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda.

Sumber: adikfoods

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.