Rossa berbagi cinta di Malaysia

Iklan
ROSSA - KHANTI (1)

DALAM kesibukannya mengisi aktiviti sepanjang Ramadan dan membuat persiapan Aidilfitri yang bakal diraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa sempat terbang ke Malaysia.

Umpama rumah keduanya, pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani ini sentiasa teruja setiap kali dapat bertemu peminat dan kenalannya di sini.

Iklan
Iklan

Itu pengakuan jujur Rossa yang kali ini tampil untuk mempromosikan single terbaharunya, Khanti, yang juga merupakan lagu runut bunyi atau OST drama bersiri Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening.

"Khanti yang bermaksud sangat sabar ini merupakan lagu bertemakan kerohanian dan sekali lagi menyaksikan kolaborasi saya bersama Melly Goeslaw selaku komposer dan Andi Rianto untuk gubahan muziknya.

Iklan

"Lagu ini menampilkan bait lirik yang sangat dalam maksudnya dan setiap kali saya menyanyikannya, umpama memohon doa pada Tuhan.

"Ternyata Melly sentiasa bijak mengusik hati kita semua dengan melodi indah yang diciptakan,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran OST Khanti dan berbuka puasa bersama media baru-baru ini.

Iklan

Ulang-alik

Tidak hanya itu, bintang yang mula meledak namanya di Malaysia menerusi lagu Tegar lebih dua dekad lalu itu turut berkongsi perancangannya untuk sekali lagi lagi kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri nanti untuk majlis pelancaran album terbaharunya, Another Journey: The Beginning dan diikuti showcase istimewa pada Julai depan.

[caption id="attachment_112168" width="800"] Rossa ditemui pada majlis pelancaran OST Khanti dan berbuka puasa bersama media baru-baru ini.[/caption]

Ungkap Rossa, tidak lengkap buat dirinya jika tidak berkongsi hal-hal istimewa dalam kerjayanya itu bersama peminat di Malaysia. Malah sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk tujuan itu.

"Insya-ALLAH selepas sambutan Aidilfitri saya akan kembali lagi untuk mempromosikan album terbaharu. Pada Julai nanti pula, saya akan mengadakan sebuah showcase istimewa di Zepp Kuala Lumpur, anjuran syarikat produksi saya sendiri, Inspire.

"Alhamdulillah saya sentiasa diberi kesempatan untuk bersama-sama semua orang yang banyak menyokong saya di sini. Jangan jemu untuk terus bertemu saya,” luahnya sambil mengukir senyum manis.

Pada pertemuan sama, wanita yang cukup disenangi dengan personalitinya yang ceria dan mudah mesra itu turut diajukan tentang persoalan jodoh, sementelah dirinya hangat dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang penyanyi lelaki popular Indonesia.

Meski acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka dan bijak menyusun kata.

"Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan.

"Saya tidak katakan single itu menyenangkan atau saya mampu hidup sendiri. Namun soal jodoh ini bukan dalam ketentuan kita,” katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.

Lebaran di Sumedang

Berkongsi tentang persiapan Aidilfitri pada tahun ini, ibu kepada seoarang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 16, mengakui teruja untuk meraikan hari mulia itu bersama anak dan seluruh keluarganya setelah melalui pengalaman beraya dalam situasi pandemik Covid-19 sebelum ini.

[caption id="attachment_112173" width="800"] Rossa bersama anak tunggalnya, Rizky.[/caption]

Biarpun jadual kerjanya padat dengan pelbagai aktiviti, Rossa tetap mahu pulang ke kampung halamannya, Sumedang, Jawa Barat seminggu lebih awal untuk membantu ibu bapanya membuat persiapan raya.

"Seminggu menjelang lebaran, saya harus berada di Sumedang untuk sama-sama membuat persiapan bersama keluarga. Sama seperti awal Ramadan lalu, saya juga pulang ke kampung untuk berpuasa bersama kedua-dua orang tua.

"Sambutan Aidilfitri kami hanya sederhana kerana yang lebih penting adalah kesempatan untuk bertemu dan bersama orang tua saya dan keluarga. Apatah lagi orang tua saya sudah berumur saya sebisa mungkin mahu meluangkan masa dengan mereka.

"Saya bersyukur setiap tahun dapat meraikan lebaran bersama orang-orang yang saya sayangi. Rizky juga sentiasa beraya bersama saya dan hanya akan bersama bekas suami di Surabaya pada raya ketiga,” katanya yang menggemari juadah tradisional Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi