Resipi mudah Kek Lapis Kukus Sarawak Milo Horlick, rasa macam kat kedai, tak muak makan
KEK lapis juadah tradisional negeri Sarawak. Menggunakan bahan-bahan premium, tidak hairanlah harganya juga agak mahal.
Juadah istimewa yang juga boleh dianggap sebagai 'seni makanan' unik diperkenalkan oleh generasi lama di Bumi Kenyalang ini sering dihidang dalam majlis-majlis khas dan perayaan seperti hari raya, Krismas, Deepavali.
Kek ini dipercayai dibuat di Jakarta, Indonesia sejak tahun 1970-an dan 1980-an. Pada masa itu, orang Betawi datang ke Sarawak dan mengajar mereka cara membuat Kek Betawi yang berempah.
Baca juga: Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang
Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging
Baca juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa
Rasanya enak membuatkan ramai yang suka tapi harga boleh tahan ya. Sebuku kek lapis saiz kecil sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Jadi apa kata tahun ni kita cuba buat sendiri menggunakan resipi dikongsikan Ayunawita Aida Ja'afar ini. Namun awas katanya proses mengukus akan mengambil masa yang lama!
Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!
KEK LAPIS KUKUS SARAWAK MILO HORLICK AIDILFITRI
Loyang saiz 8×8 inci
Bahan-bahan
450g mentega
1cawan gula kastor
10 biji telur gred A
1/2cawan susu pekat
1½cawan Horlick
1½cawan Milo
1 sudu teh esen vanila
½cawan susu cair
*3cawan tepung gandum (diayak)
*1 sudu teh baking powder(diayak)
*½cawan biskut kraker (kisar halus & diayak)
(Bahan bertanda * disatukan lepas ayak)
Cara penyediaan
1. Pukul mentega & gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanila dan susu pekat, putarkan hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangi dengan susu cair. Putar hingga sebati.
5. Bahagi kepada dua adunan untuk Horlick dan Milo.
6. Panaskan pengukus.
7. Tuang dan ratakan adunan di dalam acuan dan kukus setiap lapis selama tujuh minit.
8. Untuk lapisan akhir, ia perlu dikukus selama 45 minit.
Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu
Sumber: Ayunawita Aida Ja'afar
Selamat mencuba!