Tiada kampung halaman, rumah kecil tak muat nak beraya ramai-ramai? Villa Kemboja Homestay pilihan terbaik

Iklan
68947EE9-4A5E-485C-A84D-3B76E15D4BF5

Tiada kampung halaman, rumah kecil tak muat nak beraya ramai-ramai? Villa Kemboja Homestay pilihan terbaik

LAZIMNYA, sambutan Aidilfitri di kampung memang lebih gamat.

Iklan
Iklan

Kepada mereka yang sememangnya tiada kampung, usah sedih.

Kalian masih berpeluang meraikan lebaran dalam suasana meriah dengan menempah Villa Kemboja Homestay di Peserai, Batu Pahat, Johor yang terkenal dengan konsep penginapan ala Bali.

Iklan

Destinasi tersebut memiliki sebidang tanah kosong yang luas untuk pengunjung bergotong-royong membakar lemang, ketupat dan menyiapkan juadah raya.

Iklan

Menurut Pengurus Villa Kemboja Homestay, Qamarul Ariffin Ismail, umpama sudah menjadi satu tradisi, vila tersebut menjadi tumpuan ramai setiap kali Hari Raya.

"Pada kali ini, kesemua 12 unit kamar sudah penuh untuk minggu pertama Syawal seperti tahun-tahun sebelum ini. Ramai yang datang menginap di sini kerana mahu beraya di rumah sanak saudara," katanya.

Pun demikian, terdapat juga para pelanggannya yang merupakan anak bandar yang mahu merasai pengalaman meraikan Aidilfitri dalam aura kampung.

"Kumpulan ini biasanya akan bergotong-royong memasak bersama di kawasan kosong bersebelahan vila. Selain buat gulai dan lodeh, ada yang membakar lemang, ayam masak merah dan macam-macam lagi.

Memang seronok lihat mereka ditambah si kecil dan orang dewasa bermain bunga api pada waktu malam,” katanya yang turut menawarkan menu istimewa bufet Ramadan tetamu yang datang bertandang ke sana.

Sebelum itu, menurut Qamarul Ariffin, vila di atas bidang tanah seluas 0.8 hektar pernah menerima Anugerah Landskap Terbaik Majlis Perbandaran Batu Pahat pada tahun 2018.

"Pencapaian tersebut memberi tuah kepada kami. Sebaik dibuka, ramai yang serbu untuk menginap di kamar khususnya yang diperbuat daripada kayu meranti dan cengal terpakai.

Semua material itu diambil daripada bangunan kilang lama di sekitar kawasan ini.

"Kayu yang kami pilih memang tahan lasak dan ditambah ukiran yang cantik ala-ala Bali. Apa yang pasti, mereka yang pernah datang, pasti akan datang lagi,” ujarnya.

Mengenai kemudahan lain, lelaki itu berkata, pihaknya turut menawarkan sewaan untuk sebuah dewan terbuka yang biasanya menjadi tumpuan untuk majlis perkahwinan.

Baca juga : Beriadah sambil beribadat, rumah inap sebelah masjid di Seberang Takir jadi rebutan

Baca juga: Bercuti dalam rumah cendawan, dunia dasar laut. Ini rupanya tarikan di Melaka yang ramai tak tahu

"Untuk sesi foto pula, mempelai tidak perlu pergi jauh kerana keindahan landskap memang sudah cantik.

"Kalau nak jalan-jalan, destinasi pelancongan menarik di sekitar bandar Batu Pahat hanya ambil masa 10 minit perjalanan sahaja. Kebanyakan pelanggan saya suka menginap di vila ini kerana mudah untuk mencari makanan viral dan berlibur di Pantai Senggarang,” katanya.

#RekreasiPilihan

BUKAN sahaja anak bandar, malah mereka yang memiliki unit rumah kecil biasanya akan mencari penginapan seperti vila atau chalet untuk meraikan apa juga keramaian atau sambutan Aidilfitri.

Tujuannya cuma satu iaitu mahukan keselesaan dan menikmati kemudahan yang biasanya tiada disediakan di rumah.

Kepada anda yang merancang untuk berbuat demikian sepanjang Aidilfitri, berikut SinarPlus kongsikan beberapa lokasi terpilih:

Umbut Bayu

Alamat: Lot 378, Jalan Klinik Pusat Kesihatan, Kampung Kuala Abang, Dungun, Terengganu

Waktu operasi: 24 jam

Harga bilik: Bermula RM230

Facebook: Umbut Bayu Dungun

Instagram: @umbutbayudungun

Kembali Villa

Alamat: 7603, Jalan Taman Mawar, Klebang Besar, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Harga bilik: Bermula RM1,317

Facebook: The Kembali Luxury Villa - Melaka

Villa Warisan JA

Alamat: 88, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 24 jam

Harga bilik: Bermula RM350

Facebook: Villa Warisan J.A

ALA Riverview Lodge

Alamat: Lot 677, Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 24 jam

Harga bilik: Bermula RM400

Facebook: ALA Riverview Lodge

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.