Kursus kahwin lebih mudah guna aplikasi

Iklan
MyBahagia aplikasi pertama tawar kursus praperkahwinan

NORMA baharu akibat pandemik Covid-19 salah satunya adalah industri perkahwinan yang kebanyakan dilakukan secara atas talian. Tidak lagi melibatkan ramai tetamu seperti sebelum ini.

Bagi warga Selangor misalnya, kursus pra-perkahwinan akan dilakukan secara atas talian bermula 13 Jun depan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pula telah melancarkan platform digital MyBahagia yang membolehkan bakal pengantin mengikuti kursus praperkahwinan secara dalam talian.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh portal akhbar berita tempatan, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, platfom itu mengandungi 11 modul praperkahwinan mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk pengajian, kewangan, undang-undang, teknologi maklumat dan perubatan.

Iklan

Katanya, ini adalah aplikasi pertama seumpamanya di negara ini yang menjadi alternatif kepada kursus praperkahwinan konvensional yang dikendalikan secara bersemuka dan memerlukan peserta hadir ke satu-satu tempat bagi mengikuti ceramah dan pembelajaran.

Iklan

Tambahnya, aplikasi MyBahagia boleh diakses menggunakan telefon pintar dengan kapasiti Internet hanya satu gigabait (GB).

"Pengguna boleh mengikuti kursus di mana-mana sahaja dan mempunyai pilihan sama ada menghabiskan modul sekali gus selama 11  jam atau mengikut kelapangan waktu,” katanya.

Pengguna boleh melayari http://mybahagia.my bagi mendaftar masuk dengan bayaran RM30 seorang dalam tempoh promosi selama dua bulan bermula 1 Jun dan RM40 selepas tempoh tersebut.