'Ini delivery paling bermakna, susah kita nak jumpa'. Warganet sebak, tak tertahan air mata

Iklan
Untitled design (44)

BERTUAHNYA ibu dan bapa yang mempunyai anak yang baik. Lebih membahagiakan, biarpun jauh dari pandangan, namun hati si anak tetap ingat pada kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.

Pastinya kebaikan itu agak sukar dilakukan oleh seseorang anak tanpa didikan terbaik yang diberikan oleh kedua orang tua sejak kecil. Untungnyalah siapa yang dapat ibu bapa sebegitu.

Iklan
Iklan

Macam tu jugaklah sebaliknya kan...?

Itu pandangan yang dikongsikan seorang surprise planner Siti Sarah Abdul Shukor, 24, dari Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang ini apabila video berkaitan yang sangat menyentuh hati dirakamnya sendiri, tular sejak semalam hingga hari ini.

Iklan

Menjadi surprise planner sejak 2017, pengalaman 'mengejutkan seseorang' seperti diminta seorang pelanggannya semalam, antara yang menyebakkan dirinya sendiri.

Padanlah sehingga tengah hari ini, video dan status yang dikongsikannya tentang sepasang suami isteri yang buta kedua belah mata mendapat lebih 25k perkongsian.

Iklan

Video memperlihatkan bagaimana Siti Sarah 'mengejutkan' pasangan tersebut dengan pemberian hadiah sempena hari jadi anak mereka yang dikenali dengan nama Rafidah yang tinggal berjauhan.

Uniknya di hari jadi Rafidah, beliau sendiri yang dikatakan bekerja dan tinggal di sekitar ibu negara memberikan hadiah kejutan kepada ibu bapa istimewanya itu.

Lebih menyentuh hati warganet apabila Siti Sarah membacakan kiriman ucapan yang ditulis oleh Rafidah buat ibu dan bapanya:

Berikut kiriman ucapan tersebut yang dikongsikan Siti Sarah kepada SinarPlus:

 

NAMA PENERIMA: Pakcik Jaafar & Makcik Hamidah

UCAPAN PADA KAD (KALAU ADA): Assalamualaikum mak abah..

Hari ni birthday kakak..

Terima kasih mak abah..

Terima kasih atas semua pengorbanan mak abah lahirkan kakak, besarkan kakak, didik kakak, sentiasa lindungi kakak, sentiasa jadi hero dan heroin terbaik kakak..

Walaupun Allah bg macam2 ujian tp mak abah semampunya nak bagi kakak ada macam anak2 org lain ada.. Alhamdulillah..

Terima kasih mak abah..

Kakak bahagia hari ni atas doa dan restu mak abah..

Kakak dapat jodoh yg sangat baik pun atas doa mak abah tiap2 hari..

Kakak jadi nurse hari ni pun atas doa mak abah..

Banyaknya pengorbanan mak abah untuk kakak..

Maaf kakak tak mampu nak balas walau sikit pun..

Nanti ada rezeki Allah izin kita jumpa na..

Rindu mak abah..

Sayang dua2..

DARIPADA : Your Only Daughter - kakak

"Kami doakan moga kakak bahagia. Terima kasih banyak," balas sang ibu...

Tak tahan sebak

Menurut Siti Sarah, sebenarnya beliau sendiri sebak nak bacakan ucapan ni pada pasangan itu.

"Tapi disebabkan anaknya (Rafidah) dah bagi tahu keadaan ibu bapanya, jadi sebelum tu lagi saya sudah 'kuatkan' diri.

"Mana taknya, kita sendiri pun ada ibu bapa. Kadang kita pun terlupa untuk menghargai mereka. Tapi ni memang bagus anaknya. Tetap tak lupa ibu bapanya walaupun mereka dalam keadaan begitu," katanya kepada SinarPlus lagi.

Kongsi Siti Sarah, antara yang dikirimkan oleh anak pasangan yang tinggal di Permatang Pauh terbabit ialah piza dan buah-buahan.

Terdahulu status yang dimuatnaik oleh Siti Sarah di Facebooknya juga sudah touching:

[caption id="attachment_11518" width="1024"] Siti Sarah dan status perkongsian mengenai pasangan berkenaan di Facebooknya.[/caption]

Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap mulia anak pasangan terbabit. Tak kurang yang sebak dengan perkongsian Siti Sarah itu.

[caption id="attachment_11519" width="1024"] Komen netizen yang sebak.[/caption]

 

Moga mendapat manfaat dan inpirasi untuk sentiasa ingat jasa dan berbakti kepada kedua orang tua kita. -AG #JanganPutusAsaMalaysia