Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Iklan
Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

SEKARANG ini cuaca panas, banyak pula tu kes-kes ular dalam kereta dan rumah. Seram! Anda sentiasa perlu waspada.

Iklan
Iklan

Umum maklum, suhu persekitaran dan gelombang haba yang sedang dihadapi pada masa kini sangat membimbangkan. Sana-sini membicarakan soal cuaca panas yang membahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos susulan musim Peralihan Monsun.

Iklan

Cuaca panas yang melampau itu juga menyebabkan situasi kurang selesa kepada kebanyakan haiwan, terutamanya ular.

Baca juga Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

Iklan

[caption id="attachment_113113" width="800"] Kredit foto: Video tular di media sosial.[/caption]

Ya! Ini adalah kerana ular merupakan haiwan yang berdarah sejuk dan akan mencari kawasan lebih lembap untuk berlindung.

Ketika cuaca panas ular terpaksa keluar habitat untuk mencari tempat yang redup dan banyak sumber makanan.

Faktor yang mendorong ular keluar dari habitan adalah seperti :

  • Gangguan manusia
  • Suhu melampau
  • Kehilangan habitat
  • Mencari kawasan baharu

Untuk pengetahuan, ular memerlukan dua jenis suhu. Satu untuk ia berjemur, satu untuk ia lembab.

Reptilia berbisa itu perlukan kelembapan. Ia perlukan cuaca panas untuk proses penghadaman makanan dengan cepat.

Jadi, jika habitat mereka bersuhu panas, mereka akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan.

Apa yang merisaukan, kelembapan itu hampir dengan kawasan kediaman kita, contohnya di dalam rumah atau di kawasan rumah serta kenderaan.

Seperti tahun-tahun sudah juga banyak kes yang dilaporkan berkaitan ular menyelinap masuk ke dalam kediaman ketika musim panas.

Oleh kerana kekerapan bersemuka dengan ular di kediaman agak tinggi ketika musim cuaca panas, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua pihak untuk mengelakkan berkara buruk yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai dinasihatkan supaya tak memukul ular terutama spesis yang berbisa sesuka hati kerana ia boleh mengundang maut atau kecederaan yang berpanjangan sekiranya dibiarkan.

Jangan jadi hero tak bertempat! Sebaiknya korang boleh terus menghubungi anggota penyelamat untuk bantu menangkap ular yang memasuki kediaman.

Baca juga Isteri terberanak masa traffic jam raya, lelaki syukur hajat sambut kelahiran anak dimakbulkan, kisah unik Baby Triton tular

Tindakan sekiranya dipatuk ular;

1. Tekan luka patukan dengan kain bersih (jika berdarah).

2. Bertenang dan hadkan pergerakan.

3. Jangan menyedut tempat dipatuk.

4. Minta bantuan kecemasan.

Selain itu, dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, kita juga perlu kurangkan aktiviti luar. Elak dedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang secara tidak langsung boleh menyebabkan strok haba.

Bagi yang kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk lakukan aktiviti kecergasan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.