PROTON secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid pertama, X90 semalam sekali gus menambah koleksi siri X ketiga untuk jenama keluaran negara tersebut.
Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pengenalan kenderaan baharu itu merupakan detik penting untuk melihat semula perjalanan empat dekad yang berjaya dicapai.
"Misi kami adalah mahu menyediakan penyelesaian mobiliti sambil membantu membangunkan industri automotif negara dengan penerokaan segmen baharu. Ia sejajar dengan aspirasi kerajaan dan perubahan permintaan pengguna yang semakin beralih kepada Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
"Proton X90 adalah langkah pertama ke arah melaksanakan strategi baharu tersebut dan masih banyak lagi produk yang masih dalam perancangan," katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-40 Proton di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menyentuh mengenai Proton X90, Syed Faisal berkata, model yang diperkenalkan dengan tawaran NEV itu mempunyai empat varian.
Pertama, Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard yang dijual pada harga bermula RM123,800, diikuti Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive (RM130,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium (RM144,800) dan Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship (RM152,800).
Dikuasakan dengan enjin 1.5 liter TGDi dengan sistem sinergi motor elektrik 48V yang berfungsi meningkatkan lagi prestasi kenderaan dan penjimatan minyak untuk pemanduan lebih lancar.
Baca juga Model klasik Proton Saga 2022 berwajah baharu, lebih premium dan jiwa muda. Harga pun mampu milik
Berikut ciri-ciri lain Proton X90:
i) Sistem mild hibrid memberi pengalaman pemanduan lebih cekap dengan ciri, antaranya Smart Glide, Dynamic Boost, Comfort Start dan Auto Start Stop.
ii) Dilengkapi dengan kotak gear automatik klac berkembar dengan tujuh kelajuan, selain tiga jenis mode iaitu eco, comfort dan sport.
Baca juga Wow! Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!
iii) Ciri Advanced Safety seperti enam beg udara, Intelligent High Beam Control, Autonomous Emergency Braking, Forward Collision Warning dan Intelligent Cruise Control.
iv) Paparan skrin pintar 12.3 inci yang dilengkapi sistem navigasi, sambungan peranti, kawalan jauh melalui aplikasi Proton Link, pengecas tanpa wayar dan tujuh port USB.
Terdapat enam pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue.
Baca juga Proton lancar empat varian edisi istimewa, janjikan reka bentuk unik, lebih luar biasa
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.proton.com atau kunjungi bilik pameran berhampiran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.