‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya
SELALU kita hanya mendengar kisah kanak-kanak memandu terjadi di luar negara, kali ini perkara itu berlaku di Malaysia.
Baru-baru ini tular video kanak-kanak enam tahun memandu di Langkawi. Lebih mengejutkan kanak-kanak berkenaan yang memandu Toyota Vios berona putih turut membawa bersama adiknya yang berusia tiga tahun!
Malah beberapa video dikongsi warga maya di laman sosial memaparkan pemanduan kanak-kanak berkenaan yang berakhir dengan kemalangan akibat terbabas.
Apabila ditanya orang awam yang membantu, kanak-kanak lelaki itu menjelaskan mahu ke kedai.
Baca juga: Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau
Berikut adalah kronologi kejadian:
1-Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan kanak-kanak itu memandu dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka.
2-Kanak-kanak berkenaan memandu lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi.
3-Dalam kejadian, kanak-kanak itu mengalami cedera pada bahagian dagu.
4-Manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
5-Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan.
6-Difahamkan ketika kejadian bapa dua beradik itu sedang tidur. Pada mulanya ibu ada bersama mereka sebelum ke bilik air.
7-Selepas ibunya dari bilik air, beliau mendapati kedua-dua anaknya itu sudah tiada di dalam rumah.
8-Susulan kemalangan, kenderaan yang dipandu kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.
9-Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus.
10-Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta
Warganet memberikan pelbagai reaksi menyaksikan perkongsian video berkenaan di laman sosial. Rata-rata bersyukur dua beradik itu ditemui selamat walaupun terbabas.
-"Kita pasti terlepas pandang bahawa ALLAH dah atur cantik perjalanan adik ni. Mesti ALLAH telah hantarkan malaikat untuk menjaga adik ni.
-"Syukur selamat. Adik , akak pun tak berani bawak kereta lagi sekarang ni .”
-"Uihhh dik, makcik dulu umur 20 baru berani pegang stereng kereta.”
April lalu, tular kanak-kanak berusia 12 tahun didakwa memandu menaiki bas persendirian di Singapura selama kira-kira lima jam pada awal pagi.
Pada tahun 2020, seorang kanak-kanak 11 tahun di Louisiana, Amerika Syarikat dilaporkan memandu sebuah bas yang dicuri. Kanak-kanak berkenaan sempat memandu selama 45 minit sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Baca juga: Tular kanak-kanak mengigau nak ke sekolah pada waktu Maghrib, ramai anggap lucu, tapi ini sebabnya...
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.