Pelakon veteran Hashim Abdul Rahman meninggal dunia

Iklan
HASHIM BADUL RAHMAN - MENINGGAL DUNIA

PELAKON veteran, Hashim Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada awal pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes dan masalah buah pinggang.

Iklan
Iklan

Difahamkan Allahyarham yang juga bapa kepada pelakon Buzen Hashim sudah lebih seminggu terlantar di hospital berkenaan sebelum keadaan kesihatan semakin merosot dan meninggal dunia.

Jenazah Hashim dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Iklan

Ketika hayatnya, Allahyarham aktif membintangi pelbagai drama dan filem, selain pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 1991.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan sembilan cucu.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi