Ini antara hadiah yang sesuai dan praktikal untuk diberikan pada cikgu tersayang. Mesti mereka happy!

Iklan
hari guru

SELAIN ibu, guru merupakan antara insan yang paling penting dalam kehidupan kita.

Selain perlu disayangi, mereka perlu dihormati.

Iklan
Iklan

Sama seperti mak, jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu terlalu besar dan mungkin tak dapat dibalas.

Disebabkan itu, tanggal 16 Mei golongan itu akan diraikan.

Iklan

Difahamkan sesetengah sekolah melakukan sambutan besar-besaran pada hari ini. Tidak kurang juga yang putuskan pada hari lain.

[caption id="attachment_114190" width="599"] SUMBER Anastasia Shuraeva daripada PEXELS.[/caption]

Iklan

Pastinya, diadakan di ruangan tertutup bagi mengelak strok haba.

Bila dah ada sambutan, pastinya anak-anak kita 'sibuk' nak berikan hadiah.

Masih ada masa lagi berbuat demikian. Kalau tak dapat beli hari ini, boleh beli pada hujung minggu nanti.

Namun, jangan beli sembarangan. Anda kena kenal pasti beberapa perkara agar cikgu yang menerimanya akan sentiasa tersenyum lebar.

Sehubungan itu, SinarPlus tertarik untuk berkongsi tip memilih hadiah untuk cikgu-cikgu hasil perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurdaya Craft.

Baca juga: Ramai tidak tahu Adibah Noor bekas guru Bahasa Inggeris, kongsi 6 tip cepat mahir

[caption id="attachment_114191" width="624"] SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.[/caption]

Nurdaya Craft telah menyenaraikan ciri-ciri tertentu yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli hadiah. Antaranya seperti berikut:

1. Pertimbangkan minat guru

- Fikirkan tentang perkara yang disukai cikgu sewaktu masa lapang dan cuba cari hadiah berkaitan hobi tersebut.

Sebagai contoh, jika guru berkenaan gemar membaca, anda boleh hadiahkan mereka buku atau baucar pembelian buku di mana-mana kedai buku terpilih.

2. Barangan bilik darjah

Banyak barangan atau hiasan sesuai digunakan di dalam bilik darjah.

Baucar pembelian hadiah barangan pejabat atau satu set hiasan bilik darjah boleh dipertimbangkan untuk dijadikan salah hadiah yang istimewa.

3. Sesuatu yang berbentuk peribadi.

Cawan, rantai kunci, bantal, pen atau item lain yang boleh ‘custom’. Letakkan nama guru tersebut.

[caption id="attachment_114184" width="800"] SUMBER Dominika Roseclay daripada PEXELS.[/caption]

Selain ukiran atau tulisan nama, mesej khas pada barangan tersebut juga boleh menjadi cara terbaik untuk menunjukkan tanda terima kasih kepada cikgu-cikgu.

4.Kad hadiah

Kad hadiah atau baucar makan di restoran atau kedai kopi juga antara idea unik yang sesuai untuk guru-guru.

Baca juga: Guru prasekolah ‘biasa-biasa’ tapi aura luar biasa, Cikgu Papazola trending

Baca juga: Murid istimewa tempatnya di syurga, cara guru hidupkan kasih sayang, empati buat ramai sebak

[caption id="attachment_114187" width="600"] SUMBER Pixabay daripada PEXELS.[/caption]

5. Sesuatu yang praktikal

Set alat tulis, planner atau kad ucapan adalah antara pilihan untuk menunjukkan penghargaan kepada seseorang.

SinarPlus berpendapat kalau kita berikan hadiah pada seseorang, elok kita berikan benda yang praktikal atau sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada penerima.

Untuk cikgu, hadiah yang diberikan kalau boleh digunakan semasa mengajar, lagi bagus.

Sebenarnya tak perlu hadiah yang mahal-mahal, pemberian kecil yang bermakna sudah cukup menggembirakan hati seorang guru.

Selamat Hari Guru SinarPlus ucapkan kepada semua guru di Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.