Dekorasi hadiah simple untuk guru tersayang, guna tiga bahan mudah. Gerenti boleh cairkan hati mereka

Iklan
hari guru

SEMPENA sambutan Hari Guru pada minggu ini, mesti ramai yang sudah plan pelbagai hadiah untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.

Lagi bermakna kalau gift special tersebut dibuat sendiri. Barulah nampak kesungguhan untuk meraikan hari istimewa.

Iklan
Iklan

Pelbagai hadiah homemade yang banyak dikongsikan termasuklah kad ucapan dan hadiah.

Perkongsian Tr.Annette'Shop di akaun TikTok memang luar biasa dan menarik perhatian.

Iklan

Mana tidaknya, kad ucapan lengkap dengan pop up bunga nampak lagi mengujakan.

Iklan

Hanya guna tiga bahan jer iaitu kertas warna, gam dan marker berwarna.

Caranya mudah seperti berikut:

1. Lakarkan bentuk tangan kalian dan potong.

2. Tampal atas kertas hitam.

3. Kemudian jari digam pada tapak tangan seolah-olah genggam sesuatu.

Baca juga Perkongsian guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

4. Buat bentuk love banyak dan tampal secara bertindik sampai jadi bentuk bunga.

5. Last, lukis batang pokok dan siap.

Jangan lupa titipkan madah berbunga buat guru pilihan dengan ucapan paling bermakna.

Sesungguhnya, pengorbanan seorang guru tiada tandingannya.?

Jika kalian tiada masa nak buat semua itu, apa kata beli tiga item berikut di kedai RM2.40 untuk dijadikan hadiah.

Baca juga Guru prasekolah ‘biasa-biasa’ tapi aura luar biasa, Cikgu Papazola trending

Pemilik akaun TikTok, Imelda_ kongsikan cara buat cenderamata semudah ABC.

Berikut tiga barang yang diperlukan:

1. Botol lutsinar.

2. Lampu lip lap.

3. Alat tulis yang selalu cikgu pakai.

Kemudian, isi semua item tersebut dalam botol dan hias dengan sticker comel dengan ucapan Selamat Hari Guru.

Mudah jer, kan? Paling penting, hati kita ikhlas nak belikan sesuatu kepada mereka yang disayangi.

Jadi, apa hadiah kalian untuk guru tercinta? Kongsikan dalam ruang komen kami ya.

Okey! Selamat Hari Guru buat semua.