“Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi" - Bella Astillah

Iklan
BELLA ASTILLAH - KONTROVERSI -

ENGGAN dikenali hanya kerana kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mahu membuktikan dirinya juga mempunyai bakat yang ingin diketengahkan.

Malah pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu berharap agar cerita-cerita hangat berkait kehidupan peribadi tidak terus melingkari perjalanannya selepas ini.

Iklan
Iklan

"Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi, tetapi itu semua berlaku di luar kawalan dan saya tidak mahu salahkan sesiapa.

"Saya minta maaf jika ada mana-mana pihak yang berasa kurang dengan cerita-cerita melibatkan saya selama ini.

Iklan

"Insya-ALLAH saya cuba memperbaiki diri dengan sebaiknya dan harap selepas ini lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada kerjaya seni,” ujarnya.

Ibu kepada dua anak itu turut akur apabila bakatnya kurang menyerlah dan jarang diperkatakan berbanding kehidupan peribadinya.

Iklan

Pun begitu, selepas pembabitan dalam program Famili Duo yang turut menyaksikan dia dan adiknya, Didi Astillah melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir, Bella berkata, banyak peluang baharu yang diperoleh untuk mengembangkan kemampuan diri.

[caption id="attachment_114571" width="800"] Bella tetap utamakan keluarga.[/caption]

"Alhamdulillah selepas program Famili Duo, ramai yang mula nampak kesungguhan dan bakat saya dalam bidang nyanyian.

"Saya tidak mahu terlalu menekan diri kerana saya percaya kalau ada rezeki (dalam bidang seni) masanya akan tiba. Cuma lambat atau cepat sahaja.

"Bagaimanapun saya ada usaha sendiri untuk memperbaiki diri dengan masuk kelas vokal, pergi gym untuk stamina dan sebagainya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran kerjasama antara Secret Recipe dan Universal Music baru-baru ini.

Setia bersama Aliff

Dalam perkembangan lain, Bella juga masih mempromosikan single Tetap Di Sini yang turut menampilkan suaminya, Aliff Aziz.

Menganggap lagu tersebut begitu istimewa, bintang berusia 29 tahun itu gembira apabila karya tersebut diterima baik peminat.

"Lagu itu liriknya saya tulis sendiri dan mempunyai mesej yang sangat mendalam untuk kami berdua. Alhamdulillah peminat juga memberikan maklum balas positif untuk lagu itu.

"Sebagaimana mesej lagu itu, saya mahu tetap setia dalam perkahwinan bersama suami. Susah senang saya akan sentiasa ada dengan Aliff. Selagi ada jodoh, selagi ada nyawa, insya-ALLAH,” jelasnya.

Meski sibuk merencana kerjaya seninya, Bella mengakui tetap memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

"Sungguhpun sibuk dengan kerja, saya dan Aliff akan memastikan anak-anak dan urusan rumah tangga tidak terganggu.

"Bila Aliff sibuk di lokasi penggambaran, saya akan jaga anak-anak. Kami saling bertolak ansur. Apa-apa pun keutamaan saya lebih kepada anak-anak dan keluarga,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi