Ayuh Malaysia, adik Athif pula perlu bantuan anda

Iklan
Ayuh Malaysia, adik Athif pula perlu bantuan anda

Ayuh Malaysia, adik Athif pula perlu bantuan anda

TERSENTUH hati penulis tatkala mendapat tahu kutipan bantuan untuk adik Naail telah melebihi sasaran hanya dalam sebulan!

Iklan
Iklan

Ya! Keprihatinan rakyat Malaysia sememangnya wajar dipuji! Memang terbukti masih ramai rakyat kita sangat pemurah bantu sesama insan.

Umum maklum, adik Naail atau nama sebenarnya Muhammad Naail Wan Aslam menghidapi penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1).

Iklan

Anak kepada Siti Norraihan Mohd Amin dan Wan Aslam Zakaria yang juga anak saudara kepada pelakon Fattah Amin disahkan menghidap penyakit genetik jarang jumpa itu selepas usia mencecah empat bulan.

Adik Naail terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan dan air liur atau kahak perlu disedut secara manual selang tiga jam bagi mengelakkan risiko jangkitan paru-paru berulang.

Iklan

Untuk pulih, anak bongsu daripada dua adik beradik itu memerlukan ubatan yang bernilai RM9 juta hanya untuk satu suntikan sahaja. Keluarganya tidak mampu menampung kos tersebut.

April lalu, ibu bapa Naail memaklumkan mereka terpaksa memilih untuk mendapatkan ubat risdiplam berharga RM40,400. Ubat tersebut bagaimanapun hanya mampu bertahan untuk tempoh satu hingga dua bulan sahaja.

Ia yang perlu diambil sepanjang hayat dan memakan kos yang sangat tinggi. Adik Naail perlu mendapatkan Gene Therapy Zolgensma sebelum usianya mencecah satu tahun agar kesan yang lebih efektif. Ia akan mengantikan terus fungsi gen SMN1 yang hilang untuk pesakit SMA Type 1.

Jutaan tahniah buat Team Misi Rakyat dan bantuan daripada Founder Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, 32, yang tampil membantu meringankan beban dengan membuka kutipan dana untuk adik Naail. Kutipan yang dimulakan pada pertengahan April lalu melebihi RM9 juta.

Tanpa mengira bangsa, agama, mahupun latar belakang, rakyat Malaysia tidak putus-putus cuba menyalurkan bantuan. Paling menyentuh hati, ada insan yang prihatin sedaya upaya ingin melihat anak kecil itu sihat walaupun dengan sumbangan serendah RM1.

Kini si kecil itu akan mula menjalani prosedur untuk rawatan Gene Therapy Zolgensma selepas dana RM9.28 juta berjaya dikumpulkan. Seperti yang dikongsi Siti Norraihan di laman Instagramnya, adik Naail sedang mengikuti perkembangan bulanan bersama pegawai perubatan genetik, pernafasan, neurologi dan pakar diet. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala perjalanan perubatan adik Naail.

Baca juga Demi Baby Naail, kutipan melebihi RM9 juta dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

[caption id="attachment_114587" width="800"] Mohd Farhan (kanan) dan Nur Azizah merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan anaknya Muhammad Athif disuntik dengan ubat genetik Zolgensma. - Foto Sinar Harian[/caption]

Meneruskan agenda bantu, kini Team Misi Rakyat sedang meneruskan usaha mendapatkan dana RM9 juta pula untuk adik Athif.

Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang kini berusia 15 bulan menghidap penyakit yang sama adik Naail, Atrofi Otot Spina (SMA), Jenis 1 selepas beberapa bulan dilahirkan.

Adik Athif memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira AS$2.1 juta bersamaan RM9.28 juta untuk kesan pulih seumur hidup.

Difahamkan, adik Athif tidak mempunyai banyak masa dan berbaki lapan bulan jangka hayatnya, jika tidak menerima suntikan terbabit sebelum usia mencapai dua tahun.

Anak ketiga kepada pasangan Mohd Farhan Mohd Sait, 35 dan Nur Azizah Zamri, 33 itu memerlukan perbelanjaan besar bagi menanggung kos rawatan.

Menurut Mohd Farhan, suntikan ubat genetik Zolgensma diperlukan bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu. Terdapat tiga rawatan merawat penyakit itu, sama ada ubat Risdiplam untuk seumur hidup, ubat cucuk tulang belakang atau suntikan ubat genetik terbabit.

Baca juga Satu suntikan, RM9 juta untuk adik Naail terus bernafas. Ujian si kecil ini cukup besar

Ujarnya, kini adik Athif bergantung pada ubat Risdiplam yang perlu diambil setiap hari dengan kos ubat mencecah sehingga RM40,000 sebulan.

Kata Mohd Farhan, mereka bernasib baik apabila banyak pihak memberi sumbangan untuk mendapatkan ubat berkenaan sehingga kini sudah masuk botol ke tujuh. Ubat itu membantu mengurangkan keadaannya supaya tidak merosot otot, sementara menunggu dana lebih RM9 juta bagi mendapatkan suntikan ubat jenis Zolgensma, sekali gus memberi peluang adik Athif sembuh sepenuhnya.

Menurut laporan Sinar Harian, setakat semalam Yayasan Misi Rakyat telah berjaya mendapat kutipan dana sebanyak RM1.7 juta selepas dilancarkan tiga hari lalu.

Orang ramai yang mahu menyumbang dana menerusi Yayasan Misi Rakyat boleh melayari laman sesawang misirakyat.com atau muat turun aplikasi Misi Rakyat di App Store atau Google Play untuk berbuat demikian.

Jadi, ayuh rakyat Malaysia kita terus bantu! Terima kasih kepada semua yang menderma. Tak kira besar atau kecil nilainya, semoga kita dipermudah segala urusan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.