LAKSA dan cendol memang satu gabungan makanan santai yang enak untuk dijamu pada petang hari.
Lagi sedap kalau makan time musim panas ni, tekak yang perit pun sejuk jer, kan?
Walaupun hanya pacak khemah dua tiga buah dan meja lipat jer, tapi kalau dah sedap memang orang akan datang.
Harga yang ditawarkan pun tak mahal sangat, jadi ramailah student dan mak-mak yang bawa anak-anak datang lepak waktu petang.
Bagi memberi lagi pilihan, ada pengusaha yang menambah menu ekstra yang boleh dimakan bersama.
Biasanya mesti ada laksa, rojak atau mi rebus. Di sesetengah tempat mereka menjual pelbagai kuih-muih tempatan.
Ada yang digoreng di depan mata, tu yang lagi menarik.
Berikut SinarPlus senaraikan lokasi yang boleh kalian singgah untuk minum petang:
1. Cendol Tapai Laksa Jitra Mai
* Antara tempat makan yang famous dalam kalangan student Unisel dan UiTM Shah Alam.
* Tempat pun strategik dekat dengan simpang masuk kedai makan dan institusi pengajian tinggi.
* Dibuka jam 12 tengah hari hingga 6.30 petang, kalian boleh santai makan di sana kerana tempat duduk disediakan.
Alamat: Jalan Baiduri Bulan 7/28, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 6.30 petang
Facebook: laksa utara jitra mai Seksyen 7 Unisel
2. Rebung Cafe
* Kalau nak lepak makan cendol, laksa dan laicikang di bawah pokok, bolehlah kalian cuba datang ke Rebung Cafe.
* Boleh tahan banyak juga menu lain yang ditawarkan, antaranya mi rojak, rojak ayam, mi rebus udang, mi rebus daging, nasi terduduk, soto dan lain-lain.
Alamat: Jalan Haji Othman Lama, Rantau Panjang, Klang, Selangor
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad)
Facebook: Rebung Cafe
Baca juga 3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list
3. Mamam Place
* Orang KL mesti tahu lokasi makan-makan yang terletak di Lorong Raja Bot.
* Paling viral di sana ialah Cendol Durian. Orang kata, isi durian memang tak kedekut dan kalau tak elok, boleh tukar baharu.
* Waktu paling happening sudah semestinya malam, boleh view menara KLCC dari jauh.
Alamat: Lorong Raja Bot, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 1 petang hingga 12 malam
Instagram: @mamamplace
Baca juga Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran
4. Boom Town USJ11
* Antara tempat lepak paling best di Subang Jaya, Selangor kerana ada banyak pilihan makanan.
* Sudah tentunya cendol dan laksa tersenarai pilihan teratas pelanggan.
* Menu laku keras, antaranya Cendol Tapai Aiskrim, Banana Pancakes, MacShack, Kambing Shelambuck dan banyak lagi.
Alamat: No. 5, Jalan usj11/1j, Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 3 petang hingga 1 pagi
Instagram: @boomtownusjofficial
Jadi, apa pilihan kalian? Kalau ada masa terluang, bolehlah singgah dan makan di sana.
Kalau pergi satu tempat tapi ada semua menu, mesti rambang mata nak pilih.
Jadi rancang dulu perjalanan hujung minggu anda dan kalau terpaksa beratur panjang, pastikan banyakkan minum air time cuaca panas ni.
Okey! Selamat menjamu selera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.