Fizo Omar timang anak perempuan ketiga

Iklan
FIZO OMAR

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila menimang cahaya mata ketiga pada petang Jumaat di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak mereka yang juga bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.57 petang.

Iklan
Iklan

"Syukur ya Allah SWT, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di bilik bersalin untuk melahirkan secara normal,” katanya.

"Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar daripada rahim ibunya,” kongsinya menerusi Instagram.

Iklan

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada Jun tahun lalu.

[caption id="attachment_114756" width="800"] Keluarga bahagia Fizo.[/caption]

Iklan

Sebelum itu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marya, 6 tahun.