MUSIM panas yang melanda negara ketika ini membuatkan ramai tak selesa.
Sampai satu tahap, risiko strok haba boleh berlaku disebabkan suhu yang tinggi.
Tidak mahu semua itu berlaku, Lazada menganjurkan kempen jualan Beat The Heat dengan item terpilih.
Sudah tentunya perkakas elektrik untuk menyejukan ruang rumah menjadi tumpuan ramai.
Percaya atau tidak, diskaun hingga 77 peratus ditawarkan kepada kaki shopping.
Yilizomana Rechargeable Fan
Jika kalian lebih suka dengan kipas mudah alih, apa kata pertimbangkan Yilizomana Rechargeable Fan.
Daripada harga RM59, nilai yang ditawarkan hanya RM13.
Senang dibawa ke mana-mana, mudah dicaj dengan USB charging.
Kipas tersebut boleh tahan sampai lapan jam dan boleh dilipat untuk jimatkan ruang.
Dyson Purifier Cool
Nak lagi mewah, bolehlah usha Dyson Purifier Cool untuk melengkapkan aksesori rumah.
Apa yang best, teknologi tercanggih tersebut boleh menghapus 99.95 peratus partikel sehalus PM0.1 seperti gas tercemar, H1N1, bau, hama, habuk dan bakteria.
Berikut antara perincian lain Dyson Purifier Cool:
i) Ciri teknologi Air Multiplier boleh membersihkan ruang seluas 81 meter persegi.
ii) Kawalan dengan sistem aplikasi pintar dengan standard HEPA H13.
iii) Bunyi lebih 20 peratus senyap dan penjagaan pembersihan filter dengan mudah.
iv) Berat hanya 4.65 kilogram dan mudah dipindahkan dengan cord sepanjang 1.8 meter.
v) Waranti hingga lima tahun.
Harga ditawarkan bermula RM1,699 selepas diskaun 36 peratus. Harga asal ialah RM2,899.
PerySmith Air Cooler Zefer Series T9
PerySmith Air Cooler Zefer Series T9 antara pilihan bajet yang boleh kalian pertimbangkan untuk kemudahan di rumah.
Reka bentuk stailo tanpa bilah lebih selamat untuk kanak-kanak dan harganya ditawarkan hanya RM199 jer. Harga asal RM499. Memang jimat banyak.
Baca juga ‘On’ aircond sekali kipas, rumah tak sejuk, bil melambung, ini sebabnya
Lengkap dengan paparan LED pintar, tiga mode iaitu Sleep, Natural dan Normal untuk kesesuaian bilik.
Paling penting, ada pengesahan SIRIM untuk jaminan barangan selamat.
Banyak lagi pilihan dengan pelbagai jenama yang boleh anda pilih mengikut bajet masing-masing.
Kalau tak mampu nak beli pendingin hawa, kipas portable pun masih okey.
Paling penting, musim yang tak menentu sekarang ini jangan lupa cukupkan minum air untuk elakkan hidrasi.
Nak beli botol pelbagai bentuk dan saiz pun banyak dijual di Lazada.
Okey! Selamat bershopping.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.