Tiger Stripes cipta sejarah di Festival Filem Cannes

Iklan
FILEM TIGER STRIPES - CANNES FILEM FESTIVAL

FILEM Tiger Stripes, mencipta sejarah manis apabila menjadi filem arahan anak Malaysia pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pengarahnya, Amanda Nell Eu membawa pulang hadiah wang tunai EURO10,000 (RM49,400) daripada festival edisi ke-62 itu.

Iklan
Iklan

Tiger Stripes yang dibintangi Zafreen Zairizal, Deena Ezral, Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar itu mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan disebabkan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh.

Naskhah terbitan Ghost Grrrl Pictures itu juga dicalonkan untuk anugerah kategori Filem Pertama Terbaik, namun masih belum diumumkan.

Iklan

Sebelum ini, tiga filem arahan anak tempatan pernah dipilih untuk Festival Cannes iaitu Kaki Bakar arahan U-Wei Saari (1995), Karaoke oleh Chris Chong Chan Fui (2009) dan The Tiger Factory daripada Woo Ming Jin (2010).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi