Wow! Shuib, Wati terima tajaan hampir RM2 juta
PELAWAK dan penyampai radio, Shuib memberitahu menerima tajaan hampir RM2 juta untuk majlis perkahwinannnya dengan Watie Hanifiah yang bakal berlangsung 23 Jun ini.
Menurut Shuib atau nama sebenar Shamira Muhammad, tajaan yang diterima termasuk set barang kemas daripada Siti Jewel.
"Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
"Bagaimanapun, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Walimatulurus Shuib & Watie di Astro, Bukit Jalil, hari ini.
Baca juga Segan kongsi perancangan kahwin, Shuib dan Watie nikah Jun depan
Tambah Shuib, 39, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan tiada majlis resepsi akan diadakan.
"Pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
"Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
Baca juga Shuib, Watie bakal bersatu 23 Jun depan
"Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” jelasnya.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.