Madammu selamat bersalin baby A buat ramai linang air mata, socmed dibanjiri tahniah

Iklan
Madammu selamat bersalin baby A buat ramai linang air mata, socmed dibanjiri tahniah

Madammu selamat bersalin baby A buat ramai linang air mata, socmed dibanjiri tahniah

UMUM maklum, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid menjalani proses in vitro fertilization (IVF) dan kehamilannya disambut gembira oleh ramai.

Iklan
Iklan

Jumaat lalu, usahawan terkenal terkenal itu mengumumkan dirinya selamat melahirkan anak pertama.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Iklan

Dalam perkongsian tersebut, Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipanggil Baby A.

"Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari jumaat yang penuh barakah! Syukur!," tulisnya.

Iklan

Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Baca juga Penantian 7 tahun berakhir, Madammu kongsi berita gembira kini hamil 5 minggu

Rata-ratanya menghujani ucapan tahniah, malah ramai antara mereka turut berlinangan air mata mengenangkan perjalanan kehidupan Madammu untuk baby A itu.

"Orang paling sebak, gembira dan sedih pastilah Madammu, lama tunggu baby A akhirnya bertemu."

"Madammu tahniah, aku pun mengalir air mata lihat baby A sudah keluar jenguk dunia."

"I'm so touching.. I'm so happy for u madammu. God bless you."

Baca juga Pasangan pembawa talasemia masih boleh berkahwin dan lahir anak sihat, tapi ini syarat-syarat yang perlu diketahui

[caption id="attachment_97034" width="800"] Kredit foto: Rene Asmussen[/caption]

"Naik bulu roma... tahniah madam, saya tumpang bahagia dan gembira."

"Masya-ALLAH, alhamdulillah. Tahniah Madammu dan seluruh ahli keluarga... Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat."

"Ya ALLAH semoga mereka anak beranak ini sentiasa sihat dan kuat amin."

Madammu sebelum ini jujur mengakui dia melakukan IVF itu kerana anak bongsu mereka, Ahmadhi yang sering mendesak mahukan adik.

Baca juga Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.