Bekas suami meninggal dunia, Ieda Moin titip doa

Iklan
IEDA MOIN

PENYANYI dan pelawak, Ieda Moin berkongsi berita duka mengenai pemergian bekas suaminya, Mohamad Naquib Idris, 44, pada pagi Isnin.

Tidak berkongsi punca kematian, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 44, memohon agar dimaafkan segala salah silap dan mendoakan Allahyarham.

Iklan
Iklan

"Buat pengetahuan semua yang mengenali bekas suami saya, Mohamad Naquib Idris atau lebih dikenali sebagai Qib PM, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

"Saya mohon maafkan segala salah silap arwah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah," coretnya menerusi hantaran di Insta Story miliknya

Iklan

Ieda pernah berkahwin dengan Mohamad Naquib pada 4 November 2006 namun bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dhia Dania, 15.

Iklan

Dalam pada itu, Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia dalam hantaran di sosial media turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohamad Naquib yang bertugas sebagai pengurus produksi.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Shah Alam dan jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak hari ini.