Ini petua nak lapah daging korban dengan mudah dan daging tahan lebih kurang setahun dalam peti sejuk. Memang praktikal

Iklan
daging korban

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidiladha yang berlangsung pada Khamis ini, mesti ramai sudah bersedia untuk melapah daging korban.

Tak kurang juga mereka yang 'berkorban' pada tahun ini, diharapkan semuanya berjalan lancar.

Iklan
Iklan

Lazimnya, kerja-kerja melapah daging korban bukanlah satu hal mudah.

Selain memerlukan kudrat yang kuat, jika tak sesuai perkakas yang digunakan, aktiviti bergotong-royong memotong daging akan menjadi lambat dan memenatkan.

Iklan

Seorang pengguna akaun TikTok, AQ Mams baru-baru ini telah berkongsi tip mudah untuk melancarkan kerja mengasingkan isi daging sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Iklan

Pesan AQ Mams, pemilihan pisau sebagai alatan utama merewang amat penting dan setiap daripadanya mempunya fungsi berbeza.

Berikut perincian beliau:

1. Pilih pisau yang betul

- Selain perlu pandai teknik memotong daging, pemilihan pisau juga penting.

- Nak senang, pakai pisau yang dinamakan Chief Knife.

- Sangat tajam dan mudahkan kerja. Sekali potong, daging mudah dihiris tanpa sebarang masalah.

Baca juga Tak boleh simpan daging korban lebih 3 hari? Ini penjelasan agamawan…

2. Guna Bonning Knife

- Pisau yang dicipta khas untuk melapah daging daripada tulang.

- Bentuknya tirus dan jenis melengkung, bilah keras dengan panjang 15 sentimeter.

3. Pisau tempa Jepun

- Antara pisau viral dari Jepun yang menjadi pilihan ramai.

- Sesuai digunakan untuk memotong tulang dengan lancar.

- Saiz kecil dan mudah dibawa untuk rewang.

Dah siap potong daging, mestilah kena simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Sebelum simpan, mesti kena tahu cara yang betul supaya daging tak mudah rosak.

 

Berikut tip yang dikongsikan Olivia Tommy di TikTok yang kalian boleh praktikkan:

1. Asingkan daging ikut bahagian

- Jangan campur semua daging dan tulang dalam satu bekas.

- Daging dan tulang disimpan dalam bekas berasingan.

- Lap dulu dengan tisu dan simpan dalam bekas

2. Jangan basuh

- Daging segar jangan dibasuh dulu sebelum simpan.

- Hanya basuh bila nak guna saja untuk daging lebih tahan lama.

Baca juga Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka

3. Daging jangan terus masuk freezer

- Simpan daging di ruang biasa (chiller) di dalam peti ais selama empat hingga 5 jam dulu.

- Selepas daging sejuk, barulah masuk di ruang sejuk beku. Boleh tahan sampai setahun.

Mudah, kan? Kalau ada pisau khas memang semua kerja jadi senang.

Moga persiapan anda semua nanti dipermudahkan.

Jika ada tip lagi bagus, bolehlah kongsi di ruang komen kami ya.

Okeh! Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!