Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna 'senduk sejuk' jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!
SETIAP kali kedatangan Hari Raya Aidiladha, pastinya menu sup tulang atau sup daging wajib ada atau dihidangkan buat tetamu.
Memang menyelerakan apabila dapat hirup kuah sup daging atau yang panas-panas, kan? Hilang segala diet ketika itu.
Walaupun sedap, namun masakan yang berlemak sebegini tidak elok untuk kesihatan. Faham-faham je lah, lebih-lebih lagi bab kolestrol. Waktu makan memang tak ingat, selepas itu barulah rasa menyesal!
Demikian lah setiap kali kedatangan Hari Raya Aidiladha, pastinya menu sup tulang atau sup daging wajib ada atau dihidangkan buat tetamu.
Baca ni Tip mudah nak defrost daging kisar tanpa ambil masa lama. Simpan jer guna ice tray. Jimat masa!
Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan anda makan banyak lemak terutama dalam sup tersebut.
Perkongsian tip itu dimuat naik oleh Hani Mynis menerusi laman Facebook miliknya.
"Hari ini, alhamdulillah ibu buatkan sup tulang. Alang-alang tu jom saya kongsikan bagaimana cara mahu membuang lemak atau minyak daging dalam sup tu.
"Inilah caranya yang paling mudah untuk dicuba. Selain minyak daging atau lemak sup, kalian juga boleh menggunakan kaedah ini untuk buang minyak lebihan dalam sambal," ujar Hani.
Berikut dikongsikan cara buang lemak daging dalam sup:
- Sediakan satu senduk besi, aluminium atau stainless steel.
- Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit pun sudah memadai).
- Lalukan senduk (bahagian bawah) kepada bahagian atas sup (pastikan sup sudah sejuk sikit, bukan ketika panas-panas). Lakukan dengan cara membulat.
- Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Sinarplus tertarik dengan tip yang dikongsikan Hani.
Cara itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah lemak yang melekat pada pinggan atau periuk. Penat juga nak menyental kalau lemak-lemak sudah mulai melekat, kan!
Baca ni Cara repair peti ais tak sejuk bermodalkan RM12 jer. Lelaki ini kongsi tip mudah & menjadi!
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Hani Mynis
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!