Cara simpan & defrost daging korban, 10 tip wajib buat elak keracunan

Iklan
Cara selamat simpan & defrost daging korban elak keracunan makanan (1)

DAGING lembu adalah antara sumber makanan yang mengandungi kandungan protein paling tinggi.

Setiap 100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak. Ia juga sumber zat besi yang bagus.

Iklan
Iklan

Pada perayaan Aidiladha ini, tentu ramai diantara kita yang melakukan ibadah korban dan menerima sumbangan daging korban.

Baca juga: Daging goreng kunyit sedap macam kat kedai, letak ini masa masak baru best!

Iklan

Berikut adalah tip pengedaran, penyimpanan dan nyahbeku daging disarankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia:

TIP EDAR DAGING KORBAN

Iklan

[caption id="attachment_118357" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Kepada individu atau pertubuhan yang mengadakan korban, . Elakkan melengah-lengahkan pengedaran daging korban.

Anda disarankan empat langkah berikut:

a)Pastikan daging korban dibungkus dengan baik, tidak terbuka atau bocor.

b)Segera mengedarkan daging korban untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran daging.

c)Pastikan daging korban diedarkan tidak terdedah kepada pencemaran.

Baca juga: Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna senduk sejuk jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

TIP SIMPAN DAGING

[caption id="attachment_118356" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Bagi yang menerima sumbangan daging korban, penting untuk memastikan ia disimpan dengan cara yang betul bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.

Berikut 10 tip berkaitan penyimpanan dan proses nyah beku daging:

1-Jangan simpan terus daging bersama plastik yang mungkin tidak bersih ke dalam peti sejuk.

2-Buang benda asing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir atau serpihan kayu.

3-Potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan masukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kuantiti kegunaan biasa di rumah.

4-Simpan daging di bahagian sejuk beku yang suhunya 18 darjah Celcius atau kurang.

6-Untuk nyah beku (defrost) daging, anda perlu mengeluarkan bungkusan daging tersebut dari ruang sejuk beku dan letakkan di ruang (chiller)

7-Nyah beku daginng di bawah air yang mengalir dan bukan dibiarkan terendam di dalam air yang sama.

8-Jika menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) tekan tetapan nyah beku (defrost).

9-Seeloknya jangan bekukan semula daging yang telah di nyah beku.

10-Jangan ambil mudah kerana proses ini kerana kesilapan anda boleh menyebabkan keracunan makanan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini petua nak lapah daging korban dengan mudah dan daging tahan lebih kurang setahun dalam peti sejuk. Memang praktikal

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 1, 2, 3

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!