Doa ibu makbul, Cat Farish menuju hari bahagia bersama Shikin Maembong

Iklan
Doa ibu makbul, Cat Farish menuju hari bahagia bersama Shikin Maembong (1)

DOA ibu yang dimakbulkan, demikian antara titipan syukur pelakon dan penyanyi, Cat Farish, 48.

Sering berkongsi foto bersama kakak Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, 40, di laman sosial, anggota kumpulan Ruffedge itu mengumumkan akan membina hidup baru.

Iklan
Iklan

Bakal bergelar raja sehari, Cat mendedahkan beliau dan Shikin mula mengenali antara satu sama lain semasa terlibat dalam karnival jualan Aidilfitri.

Pemuzik itu juga mendedahkan hubungan mereka disatukan oleh anak-anak.

Iklan

Anak sulungnya, Nia Karlyssa mempunyai hubungan yang rapat dengan anak perempuan Shikin, Putri Arianna Natasya.

Baca juga:Cat Farish sah bergelar suami Shikin Maembong dengan sekali lafaz

Iklan

[caption id="attachment_118821" width="800"] Shikin dan Cat serta anak-anak ketika sambutan ulang tahun kelahiran Putri Arianna Natasya yang kelapan.[/caption]

Keserasian antara anak-anak mereka membuatkan penyanyi The Fabulous Cats itu terpikat dan ingin mengenali Shikin dengan lebih rapat.

"Semua ini indah apabila dikirimkan doa.

"Semua ini terjadi bila doa ibu dimakbulkan.

"Semua ini indah bila kita saling ingat mengingati dan percaya.

"Semua ini indah apabila kita ikhlas, jujur, tidak sakit hati dan busuk hati.

"Insya-ALLAH kami akan bina hidup baru. Amin ya rabbal alamin,” titipnya.

Berkongsi sekeping foto memakai persalinan pengantin bersama Shikin dan anak masing-masing, pemilik Farish Ramli turut mezahirkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga dan sahabat.

Baca juga: Tak seindah disangka, Shikin Maembong kongsi cerita hidup jadi isteri kedua

Susulan muat naik hantaran yang manis itu, rakan artis dan warganet mendoakan agar Cat dan Shikin mengecapi kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat.

Tidak ketinggalan ada di antara mereka mengucapkan tahniah. Ujar mereka:

-"Tahniah semoga hingga ke jannah.”

-"Perfect family. Setiap hari sayang, cinta, kasih dan bertoleransi sesama. Dengan iringan doa, saya mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat berdua. Love both of you. Bahagia hingga ke jannah, aamin.”

"Tahniah Cat & @shikin_maembong! Semoga kekal hingga ke jannah. Happy wedding.”

"Serasi sangat, kenapalah tidak jumpa dari dulu kan? Selamat pengantin baru.”

-"Barakallahu lakuma wa baraka a'laikuma wa jama'a bainakuma fii khoiiir. Tahniah @catfarish dan@shikin_maembong, moga kekal hingga ke jannah.”

Februari lalu, Cat mengesahkan sudah bercerai dengan Suriani Hassan dengan talak satu pada 16 Januari di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan.

Beliau juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Manakala, Shikin juga pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

Perkahwinan pertama yang dibina bersama cef selebriti, Chef Riz, pada 5 Disember 2014 berakhir dengan perpisahan pada 2016.

Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna Natasya, 8.

Pemilik nama Siti Nur' Ashikin Ismail itu berkahwin lagi dengan individu yang tidak didedahkan identitinya dan menjalani perkahwinan poligami sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun, ia hanya bertahan selama dua tahun sebelum berpisah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!