Masalah tulang belakang bengkok boleh terjadi seawal usia kanak-kanak lagi. Ini langkah pencegahan boleh diambil

Iklan
B363ADD7-923E-4029-B3BA-8B31270A598B

SKOLIOSIS merupakan kelainan pada tulang belakang yang menyaksikan tulang belakang kelihatan seperti berbentuk ‘S’atau 'C'.

Iklan
Iklan

Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang termasuk bahagian atas (torasik), bawah (lumbar), tengah (torakolumbar) atau juga lengkung berganda (double curve) pada bahagian atas dan bawah. 

Keadaan kesihatan itu boleh berlaku kepada semua peringkat umur.  

Walaupun ia sering terjadi seawal usia kanak-kanak atau remaja, ia juga boleh menjadi lebih ketara apabila meningkat dewasa. 

Iklan

Jika tidak dirawat, skoliosis boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, dan kemungkinan berhadapan dengan komplikasi jangka panjang.

Perunding dan Pakar Bedah Tulang Belakang di Pusat Perubatan Sunway (SMC), Dr Saw Lim Beng, skoliosis kongenital dan skoliosis infantil boleh dikesan seawal beberapa tahun pertama selepas kelahiran.

Iklan

[caption id="attachment_119000" width="320"] DR SAW LIM BENG[/caption]

Sementara, skoliosis idiopatik adalah sejenis skoliosis yang paling biasa dalam kalangan pesakit belasan tahun atau remaja.

Akhirnya, menjadi lebih serius apabila semakin tua. Kebiasaannya apabila pesakit mencapai pertengahan umur.

Bagi skoliosis degeneratif atau De Novo Skoliosis, ia biasanya didiagnosis pada mereka yang berada pada pertengahan usia sekitar 40 hingga 50 tahun.

Kumpulan itu biasanya mempunyai tulang belakang yang normal, tetapi lama-kelamaan menjadi skoliosis akibat kemerosotan pada tulang belakang mereka.

 

Baca juga: Hentikan gurauan tarik kerusi, mangsa boleh cedera tulang belakang, lumpuh

Baca juga: Lebih ramai lelaki berbanding wanita berhadapan radang tulang belakang

"Justeru, adalah penting untuk seseorang mengetahui bila perlu mendapatkan rawatan untuk skoliosis kerana ia adalah kunci kepada intervensi dan pencegahan.  

"Pemahaman terhadap keadaan kesihatan ini adalah sangat penting kerana ia boleh membantu mendapatkan konsultansi yang tepat pada masanya, selain memberikan sokongan emosi kepada mereka yang menghidapinya serta menghapuskan salah tanggapan mengenai skoliosis," ujarnya.

CADANGAN RAWATAN

Ujar Dr Lim Beng, skoliosis biasanya dikaitkan dengan kecacatan putaran tulang belakang yang menyebabkan tulang belakang berpusing dan melengkung ke satu sisi. 

Untuk itu, pakar tulang belakang itu berkata, pihaknya akan menggunakan ujian klinikal ringkas yang dikenali sebagai ujian lenturan Adam Forward untuk mengesan skoliosis dengan mudah. 

"Apa yang pesakit perlu lakukan adalah membongkok ke hadapan dan doktor akan berdiri di belakang pesakit untuk membandingkan paras bahagian kiri dan kanan belakang dada dan pinggangnya. 

 "Jika terdapat bonggol pada satu bahagian di sebelah belakang, itu menunjukkan pesakit tersebut mempunyai skoliosis," katanya.

Baca juga: Tubuh Zamani semakin bongkok, berikut 9 fakta mengenai penyakit yang dialami

[caption id="attachment_119002" width="267"] SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.[/caption]

Simptom lain termasuk ketidakseimbangan di bahagian bahu yang mana satu bahagian lebih tinggi daripada yang lain dan kecondongan di bahagian pelvis.

Mengulas lanjut, Dr Lim Beng berkata, kebanyakan pesakit skoliosis tidak mengadu sakit.

Ada juga yang mungkin mengalami ketidakselesaan pada bahagian belakang badan apabila mereka duduk atau berdiri dengan lama. 

Namun, kesakitan seperti itu biasanya boleh dirawat dengan pengambilan ubat dan melakukan fisioterapi,” ujarnya.

Bagaimana pula rawatan untuk kanak-kanak?

Ulas beliau, secara amnya ia bergantung pada kematangan pertumbuhan rangka badan, tahap keseriusan skoliosis yang dihadapi dan risiko tulang belakang mereka menjadi bertambah melengkung. 

"Lengkung kecil pada tulang belakang kanak-kanak biasanya dirawat secara konservatif dengan memasang pendakap dan melakukan fisioterapi.  

"Bagi yang mempunyai lengkung lebih besar dan ketidakseimbangan badan serta menunjukkan tanda-tanda kemudaratan, rawatan melalui pembedahan mungkin pilihan yang lebih baik," katanya.

BERI PERLINDUNGAN 

Berdasarkan sains, fungsi asas tulang belakang adalah untuk memberikan sokongan kepada bahagian atas badan dan memberikan mobiliti.

Baca juga: 95 peratus rakyat Malaysia pertengahan usia bimbang tentang kesihatan tulang mereka. Ini apa yang perlu dilakukan

[caption id="attachment_119003" width="600"] SUMBER Yan Krukau daripada PEXELSPEXELS.[/caption]

Oleh itu, kita tidak sepatutnya membebankannya secara berlebihan sehingga boleh menyebabkan ligamen dan struktur cakera dalam tulang belakang haus dan lusuh (wear and tear) sehingga mengakibatkan keadaan pesakit semakin merosot, kata pakar berkenaan.

Justeru, nasihat Dr Lim Beng, lakukan senaman otot teras secara konsisten dan senaman menguatkan otot sekitar tulang belakang. 

Pendekatan sedemikian dapat memberi perlindungan kepada ligamen dan cakera tulang belakang yang turut boleh membantu mengurangkan kecederaan.

Akhir sekali, postur badan yang baik adalah penting kerana ia mampu mengagihkan beban secara sekata pada tulang belakang, lantas mengurangkan risiko haus dan lusuh.

Baru-baru ini SMC telah menganjurkan satu acara sempena Hari Kesedaran Skoliosis.

Para pesakit dan perunding berkongsi pengalaman dan nasihat dalam membantu menyebarkan maklumat tentang skoliosis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!