Cara pilih cempedak isi banyak, tengok kulit dan tangkai, 6 tip anda perlu tahu

Iklan
Cara pilih cempedak isi banyak, tengok kulit dan tangkai, 6 tip anda perlu tahu (1)

CEMPEDAK memang unik dan eksotik. Sekarang tiba musim buah yang mempunyai nama saintifik Artocarpus integer ini.

Sana sini gerai buah-buahan menjualnya. Bau yang cukup harum tepat menggambarkan isinya yang enak dan berlemak.

Iklan
Iklan

Sekilogram cempedak boleh mencecah RM8 hingga RM12 manakala sebiji pula RM20 hingga RM30 bergantung kepada saiz dan jenis.

Iklan

Baca juga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu

Iklan

Sebelum mengeluarkan wang membeli, pastikan anda tidak rugi dan kempunan dengan memilih cempedak yang banyak isinya serta masak ranum.

Eloklah kita mengikuti kompilasi petua yang dikongsi oleh warganet ini:

BENTUK

Untuk mendapatkan isi yang banyak, pilih buah yang besar dan berbentuk sekata (tidak melengkung).

KULIT

Cempedak yang tegang kulitnya, mempunyai mata besar, berduri (gerutu) lebar atau jarang, insya-ALLAH isinya banyak.

BERAT

Pilih buah yang berat. Biarpun saiz agak kecil, jika berat pasti banyak isi. Buah yang ringan selalunya penuh dengan empulur sahaja.

BERBAU WANGI MENYENGAT

Buah yang mengeluarkan bau wangi biasanya sudah masak ranum.

LEMBUT

Kulit yang lembut menandakan ia sudah masak ranum.

TANGKAI

Cempedak yang masak warnanya sering kekuningan. Justeru, elakkan memilih yang masih hijau. Bahagian tangkai yang berwarna coklat keperangan membawa maksud isinya sudah masak.

Baca juga: Beli mahal-mahal tapi tak boleh makan, ini tip ringkas pilih durian isi penuh & elok

KHASIAT CEMPEDAK

1. Baik untuk mata

Buah ini kaya dengan vitamin A. Jika kita selalu mendengar vitamin A terkandung banyak dalam lobak merah, cempedak juga mengandungi vitamin ini. Ia penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan kornea.

2. Membantu pergerakan usus

Kandungan serat dalam cempedak boleh membantu meningkatkan kesihatan dan pergerakan usus. Biji cempedak juga mengandungi serat. Ia boleh diproses menjadi tepung sebagai alternatif kepada tepung roti. Ada juga yang memakan bijinya yang telah direbus.

3. Kesihatan jantung

Cempedak mengandungi antioksidan, serat dan vitamin C cempedak yang boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung. Potasium pula mampu merendahkan tekanan darah. Vitamin C membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Semua ini membantu meningkatkan kesihatan jantung.

4. Merawat malaria

Buah dan kulitnya mengandungi Artioindonesianidin dan heteriflavon C yang dipercayai dapat mencegah dan merawat demam malaria.

5. Mengawal berat badan

Cempedak memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana kandungan serat yang tinggi. Ia mengurangkan rasa ingin makan seterusnya mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Bagaimanapun, jika anda mengambilnya dengan banyak setiap hari, jangan terkejut pula kalau berat badan anda meningkat.

Ia membantu memberi rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan lain, bukannya menurunkan berat badan.

Baca juga: Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal

Sumber: Rafida Shaharuddin, Azian Adnan, Nor Azilah Hassan Tan, Roshida Shida, Azlin Salleh, Fiezza Mardini, Echah Alisyah, Mizah Salleh, Eidayu Amin, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!