Doktor ajar cara betul guna air fryer elak risiko kanser, makanan sihat, kurang kalori

Iklan
Doktor ajar cara betul guna air fryer elak risiko kanser, makanan sihat, kurang kalori (1)

AIR FRYER gajet dapur wajib ada di kebanyakan rumah. Selain kelebihan menghasilkan sajian bergoreng tanpa menggunakan banyak minyak, penggunaan air fryer boleh menjimatkan masa.

Bagaimana caranya anda menggunakan air fryer selama ini?

Iklan
Iklan

Dalam mengejar gaya hidup sihat, jangan tersilap langkah atau semberono sahaja.

Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani mendedahkan jika salah cara, ia boleh mengundang risiko kanser.

Iklan

[caption id="attachment_120277" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

"Guna air fryer sememangnya lebih sihat berbanding menggoreng makanan. Ia boleh mengurangkan kalori sehingga 70 hingga 80 peratus dan lemak pun sedikit sahaja.

Iklan

"Dengannya, kita juga dapat mengurangkan risiko berbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak," ujarnya.

Jelas Dr Izzar, menggoreng makanan berkanji (starch) seperti kentang goreng dengan suhu tinggi akan menyebabkan bahan kimia dipanggil acrylamide akan terhasil.

[caption id="attachment_120278" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

Acrylamide akan meningkatkan risiko mendapat kanser.

Biarpun mudah dan menyihatkan, anda perlu berhati-hati. Memasak makanan berkanji menggunakan suhu terlalu tinggi perlu dielakkan sama sekali.

Menurut Dr Izzar, dapatan satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan acrylamide masih boleh terhasil biarpun menggunakan air fryer.

Dr Izzar mengingatkan para pengguna alat ini untuk tidak memasak terlalu lama pada suhu tinggi.

"Jika memasak dengan air fryer dalam tempoh lama dan suhu tinggi, acrylamide boleh terhasil. Kajian tersebut dibuat dengan memasak kentang.

[caption id="attachment_120275" width="800"] Kredit foto: Unsplash[/caption]

"Untuk mengelakkan kehadiran acrylamide, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook.

"Misalnya untuk memasak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow.

[caption id="attachment_120276" width="800"] Kredit foto: Unsplash[/caption]

"Kalau jadi warna brown, sudah ada acrylamide. Semakin gelap makanan berkanji itu dimasak, maka lebih tinggilah kandungan acrylamide.

"Jangan overcook makanan ya. Saya pun guna air fryer setiap hari," kongsi suami pelakon Ummi Nazeera.

Kepada anda yang mengguna peralatan ini, kendali sebaiknya bagi mengelakkan ia mengundang bahaya kepada kesihatan.

Semoga info ini memberi manfaat!

Sumber: Dr Izzar Anwari

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang