Senangnya beli durian guna online

Iklan
Senangnya beli durian guna online

KAMPUNG Talang Hulu, Perak, terletak kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Kuala Kangsar merupakan destinasi persinggahan wajib buat mereka yang ingin menikmati buah-buahan tempatan terutamanya raja buah durian.

Di sana terletaknya Duriotourism Kuala Kangsar yang merupakan sebuah pusat agropelancongan berasaskan durian pertama di Malaysia.

Iklan
Iklan

Akibat pandemik Covid-19, orang ramai kini masih tidak dibenarkan untuk berkunjung ke kawasan tersebut walaupun kini musim durian.

Namun, ada berita baik buat kaki durian yang teringin menikmati buah Duriotourism Kuala Kangsar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan ini (PKPP).

Iklan

Ini kerana Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak kini menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism bermula Isnin depan.

Memetik laporan media tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, usaha itu dibuat kerana orang ramai masih tidak dibenarkan berkunjung ke Duriotourism Kuala Kangsar berikutan PKPP.

Iklan

Oleh itu, pihaknya menerima nasihat dari Majlis Keselamatan Negara supaya tidak membuka Duriotourism kepada orang ramai buat masa ini.

"Sebagai alternatif, kita mengadakan jualan secara dalam talian dan pembeli boleh memilih untuk mengambil tempahan sama ada di Duriotourism Kuala Kangsar atau di MARDI, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng," katanya.

Buah-buahan yang ditawarkan terdiri daripada pelbagai variasi durian klon serta manggis dan harga pakej bermula serendah RM30 sehingga RM200 bergantung kepada berat.

Korang boleh membuat tempahan menerusi www.agrobazaar.com.my atau memuat turun aplikasi 'Agrobazaar Online' di Play Store atau App Store, sehari sebelum proses penghantaran.

MARDI menyasarkan 10,000 biji durian dijual menerusi pakej jualan produk berkenaan.

Duriotourism Kuala Kangsar merupakan pusat agropelancongan berasaskan durian pertama di Malaysia yang dibuka pada Disember 2017.

Sebelum ini, pengunjung boleh melawat kawasan ladang dengan menaiki trem sambil mendengar penerangan pekerja ladang berkaitan penanaman durian selain menikmati raja buah itu dengan bayaran tertentu.