Masuk percuma! Jom belajar sambil berhibur di Karnival Pendidikan Sinar Bestari 8-10 September ini
ERA baharu pendidikan hari ini memberi fokus kepada kelancaran maklumat, media dan juga teknologi.
Sehubungan itu, murid-murid perlu diberikan pendedahan kepada penggunaan teknologi seperti audiobooks, teknologi kecerdasan buatan (AI), Augmented Reality (AR), buku interaktif dan teknologi realiti maya (VR) dengan cara lebih dinamik supaya mereka dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.
Memandangkan peri pentingnya penggunaan teknologi masa kini, penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari 2023 pada 8 hingga 10 September 2023 depan adalah wadah terbaik dalam usaha memupuk kesedaran khalayak terhadap dunia pendidikan yang sedang pesat menuju ke arah pendigitalan.
Ia diakui Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Dr Jafri Abu yang mengharapkan karnival tersebut dapat menumpukan kepada konsep karamah insaniah dalam membina generasi baharu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan juga sahsiah dan keterampilan.
Kata beliau, pendedahan di luar bilik darjah dalam program seperti ini sangat penting bagi mengasah minat murid selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah.
Malah ujarnya lagi, karnival yang mengetengahkan tema memacu pendidikan generasi digital itu dilihat sangat relevan dengan generasi sekarang yang lebih terdedah kepada platform pendigitalan bagi memperoleh pelbagai maklumat dengan hanya di hujung jari.
Baca juga Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
"Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secara percuma,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari portal Sinar Bestari, sinarbestari.sinarharian.com.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!