'Saya dan Aziz berpisah secara baik', terlerai ikatan 13 tahun Aziz M Osman & isteri
PERKAHWINAN pengarah, Aziz M Osman dan isteri yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.
Memetik laporan Berita Harian, pendedahan itu dibuat Puteri Lily Lokman menerusi Instagram Stories (IGs).
Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.
"Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.
"Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah," coretnya.
Ujarnya, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.
"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.
"Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak," katanya.
Baca juga ‘Alergi ni bahaya’, mata bengkak & sesak nafas Ayda Jebat kongsi Nabil salah makan ubat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!