'Tinggal rumah lebih kurang 3 bulan kan... 'Benda' tu mesti mai punya'

Iklan
Untitled design - 2020-06-18T150105.896

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak Covid-19 semenjak Mac lalu, pasti ramai yang 'tersangkut' tidak boleh bergerak ke destinasi merentas negeri kan?

Mahu tak mahu, rumah asal yang dihuni sebelum keluar dari kediaman terpaksa ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan.

Iklan
Iklan

Jika rumah ditinggalkan tiada masalah 'teknikal' dan sebagainya barangkali tiada masalah. Begitupun, jika sebaliknya, pada masa itulah pula fius nak terbakar, paip nak pecah dan sebagainya misalnya, sudah tentulah mengundang haru.

Lain pula halnya dengan seorang pengguna Facebook menggunakan nama Que Sera Sera ini. Rumahnya yang ditinggalkan selama kira-kira 91 hari tidak disangkanya bertukar menjadi 'horror' dalam tempoh itu.

Iklan

Paling tidak disangkanya akan 'penampakan benda' saat masuk ke rumah. Memang agak mengejutkan warganet hingga tular di medsos. Ini kongsi Que Sera Sera:

'Benda' tak diundang

Iklan

So 91 hari tanpa cinta.....

Macam ni.

12 Mac 2020 aku balik kampung.

Nawaitunya nak balik sekejap je.

Sebab banyak hal nak diselesaikan dalam cuti sekolah tersebut.

Yelah, cuti sekolah jelah boleh buat macam-macam kan.

Maka balik kampung pun aku bawak balik baju untuk 2, 3 hari jela.

Aku tak tahula pula yang dari 2, 3 hari rupanya bertukar menjadi 3 bulan.

Jadi, ini 'kenangan make over' yang rumah kami dapat dalam 3 bulan tu.

Surprise tak? Bak kata Erik sambil tepuk tangan.

Memang i rasa surprise sangat tau. Ahaks.

Sebab aku expect hanya ada debu debu cinta je, tapi rupanya aku dapat 'make over' yang lebih extra!

Kami tak minta pun 'make over' ni, tapi dah dapat tu, bersyukur dan redho jela.

Rehat 3 bulan kan, jadi dapatlah sedikit 'habuan'.

Yang bestnya, aku berjaya tangkap gambar ada 'benda' yang tak diundang.

Yela, tinggal rumah lebih kurang 3 bulan kan.

'benda' tu mesti mai punya.

Dulu dia memang suka singgah pun.

Kacau kacau aku.

Nak nak bila aku 'terpaksa' masak waktu malam.

(definisi masak di sini merujuk pada masak megi).

So, aku nasihat siap siap nih, kalau tak kuat, jangan tengok pic yang no 10 tu tau.

Gambar yang nombor 11 tu aku akan biarkan imaginasi korang yang tentukan. Aku tak nak tegur benda tu.

Meletakkan gambar bersama kapsyen berkaitan, di akhir postingnya beliau menunjukkan gambar 'benda' yang dimaksudkannya.

Punca efek macam rumah halloween ni semuanya bermula dengan tangki bocor.

So kalau nak sesekali rasa rumah redup-redup ala-ala macam kat bangunan-bangunan vintage kat Ipoh tu, leh la korang rosakkan tangki pastu biar rumah 3 bulan. Tak perlu lama-lama. 3 bulan cukup nice dah. 

Atas tu bukan obor-obor tau.

Ni la peta untuk yang lagi 200 negara yang ramai tak tahu tu.

Atas tu bukan obor obor tau.

Ni kalau dalam majalah Mastika, aku kena berdiri bawah tu sambil angkat jari telunjuk and tunjuk kat siling atas sambil caption 'sinila' dia' lalu'.

Dalam hal ni, 'dia' tu merujuk pada air tangki yang meleleh tu ?

Almari aku cirit birit.

Pastikan makan jamu yang ada pengesahan KKM

Aku baru tahu dinding aku ni berkebolehan tanam cendawan enoki.

Pasni senangla aku nak buat cendawan goreng.

Aku mungkin kena pakai set PPE lengkap untuk bersihkan peti ais yang dah jadi keranda makanan ni.

Tengok mr kokroch tu. Drama sangat tau.

takdela teruk sangat peti ais aku ni sampai dia nak kena heart attack kat situ.

Nyampah.

Mungkin 7 jenis air aku kena samak freezer aku ni pastu mungkin dengan aku aku kena mandi bunga sekali.

Bau dia memang pekat kalah kepekatan air dalgona.

Mr kokroch yang kejung tengok peti ais aku.

Bedak-bedak organik ni. Bagus ni bah.

Kalau ada sesapa nak buat IG review leh PM tepi eh.

Kusyen aku suma nek kulat.

Sekarang aku faham perasaan pekerja shopping mall yang ada barang-barang kulat tu and pekerja wayang, sebab aku pernah tengok kerusi panggung wayang berkulat kan.

Tak pela. Stay positif macam kucing kat kotak tisu tu ?

Nila BENDA YG AKU BERJAYA TANGKAP GAMBAR TU. ?

Comel kan mereka.

Tahik tahik mereka pun comel bertempiaran di sana sini di lantai, beraneka bentuk dan warna.

Siapa dia ni??

Aku tak belaaa diaaaa!!!!

Kalau tengok dari jauh memang nampak len (lain) macam benda alah ni.

Aku harap takde siapa datang turun nombor kat sini.?

Tengok... 'dahsyat' sungguh rumah beliau yang baru ditinggalkan tiga bulan. Kalau tiga tahun tak tahu la jadi macam mana ya.

Buat yang masih tak tahu apakah 'benda' putih atas rumput tu, juga yang ditanya rakan Que Sera Sera di komen, jawab beliau ia adalah batu Cornwall yang tercabut.

"Cornish (batu Cornwall) yang tercabut. Tuan rumah pi letak kat depan umah tu," jawabnya.

Boleh tahan kelakar seram kisah dikongsikan beliau ini kan? Adeh...

Oh ya, pada perkongsian ini Que Sera Sera turut menyertakan link postingnya berkenaan rumahnya itu yang sudahkan di'clear'kan keesokan harinya.

Agak mencuit hati juga bila beliau menggunakan pakaian seakan pakaian perlindungan PPE Covid-19 tu.

Lucu juga Que Sera Sera ni ya. Moga terhibur! -AG