Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Iklan
Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

KES bunuh ketua jururawat, Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40, mengundang simpati warga maya.

Berlaku pada Mei 2019, ia menggemparkan negara susulan penemuan mayat dalam keadaan menyayat hati.

Iklan
Iklan

Pemergian wanita yang bertugas di Hospital Serdang meninggalkan suami dan tiga orang anak berusia 10 hingga 14 tahun ketika itu.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Alowonle Oluwajuwon Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Iklan

Dalam perkembangan terbaru, warga Nigeria itu terlepas tali gantung setelah Mahkamah Rayuan pada 2 Ogos 2023 menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun.

Iklan

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Vazeer, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, telah menolak rayuan Gilbert terhadap sabitan membunuh selepas memutuskan bahawa sabitannya membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan telah menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Mengenai hukuman, hakim itu berkata, tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, untuk beberapa hari selepas kejadian itu, kepada pihak pembelaan.

Baca juga: Kronologi kes pembunuhan kejam ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hakim bagaimanapun berkata susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

Terdahulu dalam prosiding baru-baru ini Afifuddin berkata Gilbert dan arwah adalah pasangan kekasih.

Beliau berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya dan di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak perlu mempertimbangkan pembelaan berkanun lain kerana Gilbert telah memilih untuk pembelaan alibi.

Tiada keperluan untuk menyediakan rakaman penuh CCTV kerana tiada pergerakan di kawasan kondominium selepas kejadian itu, katanya.

Mahkamah Rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadap Gilbert, katanya.

Baca juga: Kronologi pembunuhan kejam baby Zara, suami pengasuh ke tali gantung

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan kejam Siti Kharina

8 Mei 2019

– Siti Kharina dilaporkan hilang apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan serumahnya.

12 Mei 2019

– Pihak Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lalu.

– Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

– Pengarah Hospital Serdang, Dr Rohana Johan mengesahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas.

13 Mei 2019

– Polis menjalankan inkuiri berhubung kehilangan Siti Kharina dan mengklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang.

14 Mei 2019

– Keluarga Siti Kharina meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu kononnya Ketua Jururawat itu sudah ditemui.

15 Mei 2019

– Mayat dipercayai Siti Kharina ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

– Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan.

16 Mei 2019

– Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan mayat wanita ditemui di Cyberjaya adalah Siti Kharina.

Siti Kharina ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya. Lebih menyedihkan, polis mempercayai Siti Kharina sudah dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Baca juga: Pengasuh Adam Rayqal dihukum penjara enam tahun, berikut kronologi kes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!