Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung - Dr Zulkifli

Iklan
Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung - Dr Zulkifli

Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung - Dr Zulkifli

INSIDEN pesawat ringan terhempas di Bandar Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor yang meragut nyawa 10 inidividu amat memilukan.

Iklan
Iklan

Namun apa yang lagi menyedihkan, video dan foto mayat rentung terbakar berhampiran tempat pesawat itu terhempas turut tular di media sosial.

Justeru, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran kepada wargan maya.

Iklan

Menurut Dr Zulkifli, tindakan menyebar video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut adalah haram.

"Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya.

Iklan

"Sabda Nabi SAW yang bermaksud;"Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564)," kongsinya.

Baca juga Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

Dalam pada itu, Dr Zulkifli mendoakan agar mangsa-mangsa terlibat dikurniakan syahid akhirat kerana kematian tersebut berpunca dari kemalangan.

"Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina. Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan).

"Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan," ujarnya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.

"Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.

"Berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas.

"Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

"Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Sebelum ini, SinarPlus melaporkan pesawat jenis jet peribadi Beechcraft Model 390 (Premier 1) berlepas dari Langkawi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang jam 2.40 petang semalam.

Baca juga Allahuakbar, jasad rider maut nahas pesawat terhempas Elmina ditemukan sempurna, keluarga terima berita sayu usai solat Maghrib

Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Antara mangsa terkorban ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Selain beliau, mangsa lain yang dikenal pasti, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, dan Idris Abdol Talib @Ramali. Dua kru kapal yang juga juruterbang pula dikenal pasti sebagai Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

10 mayat dan lima bungkusan cebisan badan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!