MASYA-ALLAH, liang lahad milik juruterbang pesawat nahas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam yang seindah pelangi menjadi perhatian warga maya.
Perkongsian daripada penggali kubur benar-benar menimbulkan rasa takjub orang ramai tentang kekuasaan ALLAH SWT dalam menunjukkan petanda kematian yang mulia.
Liang lahad Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 41, yang merupakan mangsa tragedi pesawat terhempas di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang perhatian ramai.
Tular di laman sosial TikTok, liang lahad yang digali memaparkan lapan lapisan warna seumpama pelangi.
Baca juga: Istimewanya seorang hafiz al-Quran, jasad Ustaz Idris terpelihara hanya pakaian hangus terbakar
Malah, menurut Mazlan, perkara menakjubkan itu pertama kali ditemuinya.
"Setakat ini hampir setiap minggu ada kematian. Kadang dua, tiga lubang perlu digali seminggu. Ini adalah pengalaman pertama dan seumpamanya di sini," katanya.
Sementara itu, pendakwah, Ustaz Jafri Mahmoodi yang mengulas lanjut mengesahkan ia adalah petanda pemergian Allahyarham dalam keadaan husnul khatimah dan beroleh syahid di akhirat.
"Mudah-mudahan ia petanda husnul khatimah kepada si mati.
"ALLAH SWT boleh memberikan sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku.
"Bahkan, Subhanallah apabila seseorang itu meninggal dalam keadaan dia terbakar, itu juga merupakan salah satu syahid akhirat.
"Syahid akhirat bermakna mudah-mudahan dikurniakan kebaikan di alam barzakh dan akhirat," ujarnya.
Baca juga: Meninggal dunia kebakaran dikira mati syahid, ini penerangan agamawan
[caption id="attachment_122660" width="800"] Ustaz Jafri Mahmoodi[/caption]
Dalam pada itu, Ustaz Jafri juga menyeru warga maya menjadikan tragedi yang berlaku sebagai tauladan.
"Semoga kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang disaksikan," kongsinya.
Tragedi pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) kira-kira jam 2.40 petang Khamis lalu mengorbankan 10 mangsa.
Selain Shahrul Kamal sebagai juruterang, turut berada dalam pesawat itu ialahpembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.
Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian turut terkorban.
Baca juga: Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati
Pemergian Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 3 hingga 12 tahun.
Semoga kisah menjadi inspirasi buat kita yang masih hidup untuk melipatgandakan amalan dan kebaikan. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang meninggal dunia, al-Fatihah.
Baca juga: Kebetulan memilukan, nahas pesawat di Elmina bukan kali pertama, 46 tahun lalu 34 hilang nyawa
Sumber: The Jaws, Ustaz Jafri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!