'Sabar, tak terdedah socmed,' Andaian ramai perkahwinan orang zaman dahulu bertahan & bahagia

Iklan
suami isteri bulan ramadan (4)

'Sabar, tak terdedah socmed,' Andaian ramai perkahwinan orang zaman dahulu bertahan & bahagia

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mahu ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke Syurga.

Iklan
Iklan

Namun dapat dilihat kini banyak perpisahan berlaku meskipun hubungan pernikahan baru masuk 'setahun jagung'.

Tidak seperti zaman datuk nenek kita, perkahwinan mereka kekal utuh dan bahagia hingga akhir hayat.

Iklan

Adakah anda pernah terlintas apakah rahsia perhubungan orang-orang dahulu itu?

SinarPlus baru-baru ini memuat naik pertanyaan melalui segmen #SinarPlusSajaNakTanya menerusi laman Facebook.

Iklan

Tinjauan tersebut nampaknya meraih perhatian ramai. Masing-masing mengeluarkan pendapat peribadi mereka.

Secara kasarnya, lebih ramai melontarkan antara rahsia perkahwinan orang lama kita bertahan dan bahagia adalah kerana zaman dahulu tiada kemudahan internet dan media sosial tak seperti sekarang.

Masalah peribadi mahupun pasangan tidak dihebahkan berbanding zaman milenial ini.

Baca juga Tiada yang ‘perfect’, usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia

 

Ujar Siti Balkish Mohd Zin, zaman dulu tiada media sosial untuk hebahan dan rahsia rumah tangga hanya disimpan di dalam poket sendiri sahaja.

Namun, ramai juga yang menyatakan orang-orang lama bertahan dengan sabar. Sabar dengan apa pun yang berlaku. Walaupun bergaduh setiap hari namun si suami tetap sabar.

Salah seorang daripada mereka ialah Hamizan Suhaimi.

"Kunci kekal lama atau tak, ada pada si suami. Kalau perempuan, swtiap kali marah mesti nak bercerai, sebab perempuan banyak ikut emosi. Jadi sebab tu ALLAH bagi kunci ni pada lelaki, kalau dia tak tahan, dia lepas. Kalau dia boleh sabar, Insha-ALLAH kekal smpai mati."

Siti Nur Syafarina pun bersetuju, orang dulu-dulu banyak bersabar antara satu sama lain, kahwin pun bukan dasar nafsu sangat. Masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Apa masalahnya pun bincang, usaha sama-sama selesaikan.

Manakala menurut Intan Jalilah Mohamed, isteri juga perlu mengalah dalam sesetengah hal.

"Sentiasa mengalah dan bersabar walaupun tahu ego seorang lelaki tinggi melangit. Alhamdulillah tahun ni 40 tahun usia perkahwinan kami."

Sementara itu, Zulkifli Azizah pula berpendapat, orang dulu suka jaga makan minum suami.

"Perut suami mesti kenyang dulu, sediakan makan pagi, tengah hari, petang dan malam. Asyik makan minum air tangan isteri jer, mana maunye ingat kat orang lain," ujarnya.

Baca juga Wanita kena gantung tak bertali? Fasakh tak perlu izin suami, ini 16 alasan yang boleh isteri mohon

Berbeza pula dengan Ammar Darwis,"Saya percaya orang dulu-dulu jodohnya kuat sebab ditentukan orang tua. Lagi satu orang lama ni hatinya lagi kental, susah senang bersama."

Dalam pada itu, kata Aziah Ab Karim, orang dulu-dulu ingat ALLAH dan sabar yang tinggi. Mana mungkin dalam rumah tangga tiada masalah. Namun kesabaran dan ingatan pada ALLAH itu mendepani segala ujian kehidupan.

Pandangan Nur Alkauthar pula merangkumi lima andaian antaranya suami dikasihi dan dihormati, isteri disayangi dan dikasihani.

"Apa permasalahan dalam rumah tangga didiamkan dan disimpan. Apa yang retak ditampal, yang koyak dicantumkan semula, bukannya cepat dibuang atau ganti yang baru.

"Pada mereka penceraian adalah tragedi dan aib. Selagi boleh bertahan dan diperbaiki, tidak mencari pengganti dan ahkhirnya apabila tanggungjawab betul-betul dijalankan sebaik mungkin, yang mendapat hak tiada alasan untuk curang," ujarnya.

Baca juga ‘Terima kasih suami berikan tangan tutup kekuranganku’, suami Norfarrah suapkan makan buat ramai sebak

Bagi admin, sangat bersetuju dengan andaian tentang orang dulu-dulu sangat sabar.

Memang orang kata perkataan sabar itu senang diungkap, namun admin boleh melihat contoh paling dekat pada atuk dan nenek sendiri ketika mereka masih ada dulu.

Setiap hari ada sahaja perkara tak kena antara mereka, bergaduh, berleter tapi atuk lelaki tu memang sabar.

Atuk lelaki pula pernah curang hampir berkahwin yang kedua, terkena 'amukan' nenek terus tak jadi bernikah. Namun nenek kembali tenang selepas seminggu perkara itu berlaku.

Jadi, wanita yang bergelar isteri, sabar itu lebih daripada segalanya. Si suami juga perlu jadikan sabar itu sebagai perisai utama dalam hidup.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!