Nor Asmah wanita tunggal pembuat wau

Iklan
Nor Asmah wanita tunggal pembuat wau

PERMAINAN wau merupakan salah satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.

Nama lain bagi wau adalah layang-layang. Korang mesti kenal layang-layang bukan?

Iklan
Iklan

Kongsep permainannya sama. Ia Cuma perlu diterbangkan ke udara mengikut arah angin dan dikawal menggunakan tali oleh si pemain. Cuma rekaan wau sedikit unit dan agak berbeza jika dibandingkan dengan layang-layang moden.

Perkataan"wau” dikatakan berasal dari Thailand.

Iklan

Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di sekitar Utara dan Pantai Timur.

Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Iklan

Malangnya tradisi pembuatan dan permainan wau kini dilihat semakin ditelan zaman. Generasi era kini dilihat tidak berminat dengan permainan tradisi sebegini.

Masyarakat hari ini, terutama sekali generasi muda, lebih menyukai budaya barat yang menepati cita rasa dan trend mereka.

Selain cara mereka mengenakan pakaian, aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika masa terluang juga jelas menunjukkan pengaruh hidup yang lebih ke arah barat.

Namun, bagi Nor Asmah Daud yang berasal dari Ipoh, Perak lain pula kisahnya.

Kira-kira 20 tahun lalu, Nor Asmah sanggup datang ke Kampung Tok Kaya yang terletak di Kuala Perlis, semata-mata ingin mempelajari teknik pembuatan wau daripada Adiguru Kraf Wau, Samat Man atau lebih dikenali sebagai Pak Non, seorang yang tidak asing dalam pembuatan wau di negara ini.

Menurut laporan media tempatan, Nor Asmah, 45, berkata, beliau mengambil masa kira-kira setahun mempelajari teknik membuat wau sobek iaitu wau tradisional diperbuat daripada kertas, daripada Pak Non yang juga bapa mentuanya dan kini mampu membuat waunya sendiri.

Ibu kepada tujuh anak itu merupakan satu-satunya pembuat dan pelayang (pemain) wau wanita profesional di negara ini.

Ditanya mengapa begitu berminat dengan wau, Nor Asmah berkata, beliau bukan hanya tertarik kepada kehalusan corak ukirannya, tetapi juga ciri-ciri kelembutan yang terdapat pada wau apabila ia terbang ke udara.

Nor Asmah yang kini menetap di Kampung Tok Kaya berkata, beliau meminati ukiran motif daun kacang dan lada hitam dalam menghasilkan wau sobek.

Beliau juga berharap lebih ramai kaum wanita berminat untuk mempelajari teknik membuat wau memandangkan warisan tersebut semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini.

Walaupun pelbagai permainan yang lebih eksklusif direka pada zaman sekarang, wau tidak sepatutnya dilupakan sewenang-wenangnya.

Ia bukan sejenis permainan tradisional semata-mata, tetapi juga harta yang cukup berharga kerana statusnya sebagai warisan budaya rakyat Malaysia yang korang perlu pertahankan.