SIJIL kursus kahwin atau pra perkahwinan adalah salah satu dokumen yang dikemukakan semasa membuat permohonan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing.
Ramai yang memilih untuk mengikuti kursus ini lebih awal dan tidak menunggu di saat akhir bagi mengelakkan kekalutan.
Kursus yang biasanya diadakan selama dua hari akan menyentuh pelbagai topik penting sebagai persediaan mental dan fizikal bakal suami dan isteri sebelum mereka menempuhi alam perkahwinan.
Selepas mengikuti pelbagai modul seperti Akidah & Ibadah, Akhlak Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Kesihatan Keluarga, Perkahwinan & Prosedur dan sebagainya, peserta akan menerima sijil pra perkahwinan pada hari tamat kursus.
Baca juga: Hukum hadiri majlis perkahwinan mengandungi maksiat, 17 info perlu tahu
[caption id="attachment_123322" width="799"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Jika sebelum ini sijil berkenaan sah dan laku seumur hidup, pengumuman terbaru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendedahkan dokumen tersebut mempunyai 'tarikh luput':
2-Ia bagi pemohon berstatus teruna atau dara sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Persidangan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-2/2023 pada 22 Februari 2023.
4-Penetapan ini telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam sidang mesyuaratnya kali ke-162 pada 22 Februari 2023 dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 19 Mei 2023.
5-Mohd Ajib berkata demikian dalam sesi dialog Pengurusan Tertinggi JAWI bersama Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan dan Penolong Pendaftar mengenai isu-isu perkahwinan, perceraian dan rujuk bagi memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian JAWI kepada para pelanggan dan umat Islam umumnya.
Baca juga: Akad nikah bahasa Jepun, mas kahwin dalam yen, pengantin baru jadi perhatian warga maya
Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’
[caption id="attachment_123323" width="798"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Perkara berkenaan turut dikongsikan pengguna TikTok @kursuskahwinkualalumpur.
Warga maya rata-rata terkejut mengetahui hebahan berkenaan. Ujar mereka:
-"Saya punya sudah 13 tahun tersimpan. Tak guna lagi, nasib baik ambil kursus awal."
-"Permohonan nikah selepas Oktober 2023, sijil kursus tidak boleh melebihi 10 tahun."
-"Saya kursus 2017 lagi,sampai ke sekarang tak kahwin. Peram sijil aku tu. Orang cakap bab kahwin kita senyum sahaja."
-"Buat macam ni lebih baik, biar lekat ilmu kepada bakal pengantin."
Baca juga: Bekal pengantin baru ‘dibahan’ rakan, nota comel ‘jangan gatal, I love you’ jadi perhatian
Sumber: JAWI, TikTok @kursuskahwinkualalumpur
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!