Mudahnya bersih, kilatkan dapur hanya sapu-sapu & lap guna ubat gigi jer

Iklan
Mudahnya bersih, kilatkan dapur hanya sapu-sapu & lap guna ubat gigi jer

Mudahnya bersih, kilatkan dapur hanya sapu-sapu & lap guna ubat gigi jer

SEBAGAI wanita, bab memasak biasanya tak ada masalah, cuma bila nak mengelap dan membersihkan dapur lepas memasak tu leceh sedikit.

Iklan
Iklan

Rupanya selain lap dengan kain atau span, sebenarnya nak bagi dapur berkilat ada caranya.

Ini tip dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim sangat mudah. Hanya menggunakan ubat gigi, kemudian gosok, terus dapur nampak berkilat seperti baru.

Iklan

"Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang," ujarnya.

Baca juga Rumah wangi dengan tip murah, DIY penyembur 4 bahan harum semerbak, udara pun segar

Iklan

 

Langkahnya;

1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.

2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.

Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.

3. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.

Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!

Baca juga Inspirasi dekor dapur sempit untuk rumah sewa tanpa kabinet. Tak mewah namun cantik, kemas & praktikal

Haa terus nampak berkilat macam dapur gas baru! Dengan modal tak sampai RM10 pun dah boleh selesai. Tak adalah daki hitam minyak di celah dapur gas lagi.

Kalau nak tahu ok atau tak, boleh ambil dulu ubat gigi yang ada dalam bilik air.

Cuba lap dan gosok untuk tengok hasilnya.

Selamat mencuba!

Kredit: Rohaslizawati Ibrahim / Pa&Ma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!