'REHATLAH Achik.' Demikian catatan pilu abang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat yang muat kemalangan meruntun hati warga maya.
Empat pelajar yang terbabit dalam nahas di Kilometer 50 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi baru-baru ini dalam perjalanan pulang selepas mengikuti perkhemahan sempena cuti Hari Kebangsaan.
Pelajar berkenaan iaitu Iqbal Faiz Mat Shah, 20; Nurul Afrahrina Sazli, 19; dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19; meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Perodua Bezza dinaiki terbabit nahas kira-kira jam 2 petang.
[caption id="attachment_123550" width="800"] Kredit foto: Sinar Harian[/caption]
Seorang lagi rakan mereka, Izznur Harith Safwan Nordin, 19, masih dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Abang kepada Iqbal Faiz, Mohd Imran Mat Shah merakamkan kata-kata mengenang pemergian adik tersayang.
[caption id="attachment_123546" width="800"] Kredit foto: X @merxnism[/caption]
Melalui X, lelaki berkenaan yang tampil menerusi akaun @merxnism meluahkan kali terakhir bertemu adiknya itu pada sambutan hari raya Aidil Adha yang lalu.
"He’s already gone forever. Ada banyak iktibar yang boleh diambil daripada pemergian adik saya.
"Apabila orang yang kau sayang cakap nak jumpa, pergilah jumpa. Please.
"Kedua, buatlah apa-apa kebaikan walaupun sekecil-kecil perkara pun tapi hanya kau dan Tuhan saja yang tahu. HE will repay you. Al-Fatihah," titip beliau buat pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia itu.
Lebih memilukan, si abang mengenang detik menguruskan jenazah Iqbal.
Ujarnya, wajah Allahyarham sempurna dan tenang seperti sedang tidur.
[caption id="attachment_123545" width="800"] Kredit foto: Facebook Hj Rbo Rahim[/caption]
"Aku sudah bersihkan kau dan pakaikan kemas-kemas. Aku temankan dan solatkan kau.
Tidak hanya itu, Mohd Imran turut menurunkan jenazah si adik hingga ke liang lahad dan membacakan talkin.
"Aku bawa kau sampai terus ke dalam rumah baharu kau.
"Terus harum semerbak wangi apabila masuk ke dalam lahad itu, Allahuakbar.
"Aku membacakan talkin dan doa untuk kau buat kali terakhir. Terus semua orang menangis teresak-esak," kongsinya.
Anak muda itu seorang yang baik hati. Satu persatu si abang menceritakan kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya.
"Kau bantu beri duit kepada kawan-kawan walaupun sedang tiada duit. Kau bantu kawan-kawan yang sakit, cari ubat naik motosikal biarpun sudah pukul 2.00 pagi.
"Kau buat baik dengan semua staf KPTM Batu Pahat," kongsinya.
Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia
[caption id="attachment_123549" width="800"] Kredit foto: Sinar Harian[/caption]
Seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya, arwah Iqbal juga dikatakan mahu bertemu ramai orang untuk memohon kemaafan.
"Seminggu terakhir, kau nak jumpa sangat dengan semua kawan-kawan, adik-beradik, mak ayah, pensyarah, staf KPTM hanya untuk ucapkan
"Saya ingin minta maaf dan terima kasih, kerana takut selepas ni tak jumpa lagi.
"Rehatlah Achik. Terima kasih untuk 20 tahun ini, al-Fatihah," kongsinya.
Lebih memilukan, menurut Mohd Imran pemergian Iqbal jatuh pada tarikh ulang tahun hari jadi ayah mereka, Mat Shah Hussin.
[caption id="attachment_123547" width="800"] Kredit foto: Facebook Hj Rbo Rahim, , X @merxnism[/caption]
"You know what made me even more sad? Adik aku pergi meninggalkan kami sekeluarga pada hari ulang tahun kelahiran ayah.
"Tapi among all of us, dialah yang paling tidak keluar air mata. Sejak dari menerima berita adik meninggal sampailah dikebumikan.
"Pertama nampak ayah menangis waktu aku bacakan talkin, ayah duduk di sebelah," dedahnya.
Jenazah Allahyarham Iqbal Faiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kempadang Perdana kira-kira jam 8.30 pagi, Ahad lalu.
Simpati dengan kehilangan yang dilalui, warga maya menzahirkan sokongan moral buat Mohd Imran dan mendoakan agar beliau sekeluarga dikurniakan kekuatan.
Ujar mereka:
-"Salam takziah. Semoga rohnya bersama para syuhada."
-"Salam Takziah kepada Meran dan famili. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Stay strong."
-"Betul, ingatan bersama. Sayang dan hargai adik-beradik kita selagi masih ada, sebelum kita sesal pada kemudian hari. Al-Fatihah buat Allahyarham."
Baca juga: Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah
Sumber:" target="_blank" >X @merxnism
Kredit foto:" target="_blank" > X @merxnism, Facebook Hj Rbo Rahim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!