Ini 5 tindakan segera yang ibu ayah perlu buat jika anak dijangkiti 'chicken pox'

Iklan
chicken pox cacar air

Ini 5 tindakan segera yang ibu ayah perlu buat jika anak dijangkiti 'chicken pox'

CHICKEN pox yang juga dikenali sebagai cacar air berpunca oleh virus Varicella Zoster dan ia amat mudah berjangkit.

Iklan
Iklan

Biasanya ia berlaku pada kanak-kanak, namun boleh juga terjangkit kepada semua peringkat umur.

Bila anak kecil terkena chicken pox, mereka memang mudah merengek disebabkan tidak selesa.

Iklan

Jika tak kena cara, habis satu badan cepat merebak dek kerana asyik menggaru. Makin lambatlah pula ia sembuh kalau begitu.

Simptomnya bermula dengan kemunculan ruam pada kulit. Ruam tersebut akan berubah menjadi bintik merah berisi cairan yang terasa gatal yang kemudian akan mengering, menjadi koreng dan terkelupas dalam waktu tujuh hingga 14 hari.

Iklan

Baca juga 5 perkara ibu bapa boleh buat segera jika si manja diserang jangkitan cacar air

Menurut Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol, ini lima perkara utama yang ibu bapa boleh lakukan jika si kecil berhadapan masalah cacar air.

1) Jika keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah sahaja.

Chicken pox adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keleuarga lain daripada terdedah kepada pengidap chicken pox.

Cara terbaik, tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baharu yang muncul.

Selalunya, ia akan ambil masa seminggu untuk ruam itu kering dan menjadi keruping.

Ingat, asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan dan minum supaya tidak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

2) Redakan demam anak dengan ubat demam paracetamol.

Dos syrup paracetamol adalah 15 mg per kilogram setiap enam jam.

Awas, jangan guna aspirin untuk redakan demam anak! Jika aspirin diberi kepada kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s Syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

3) Sapu dengan losyen calamine setiap kali selepas mandi.

Penggunaan losyen akan memberi kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

Baca juga Perbezaan antara kayap dan kurap, ini yang perlu kita semua ketahui

4) Bantu kurangkan kegatalan kulit si kecil.

Ibu bapa perlu bantu anak-anak dengan memberi ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Namun, beri ketika perlu sahaja dan pastikan mengikut dos seperti yang dicadangkan. Jangan berlebihan pula ya.

5) Pastikan kuku anak sentiasa pendek.

Ini kerana ketika anak menggaru kulit, kuman daripada bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit.

Bagi bayi, ibu bapa boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tidak menggaru kulit yang gatal itu.

Bukan itu sahaja, tip untuk mengurangkan kesan parut pada kulit pula adalah jangan seskali membiarkan anak-anak daripada mengopek keruping yang muncul kerana chicken pox itu.

Musim jangkitan chicken pox kan sekarang ni? Semoga bermanfaat buat ibu bapa yang menjaga anak-anak ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!