Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

Iklan
Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing yang berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati ramai yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

Pun begitu, menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, ini yang sebenarnya berlaku;

Iklan

1. Cukai jalan motosikal ditunggang lelaki berkenaan didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

2. Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan menerima maklumat motosikal pekerja p-hailing disita pada jam 12.38 tengah hari semalam.

Iklan

3. Operasi Statik dijalankan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai itu bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

Baca juga Aplikasi MyJPJ lebih mudah dan pantas. Tak perlu beratur panjang-panjang kat kaunter

[caption id="attachment_106253" width="800"] Kredit foto: flexisprint[/caption]

4. Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal ditunggang lelaki terbabit yang melakukan kesalahan menunggang motosikal dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

5. Tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

6. JPJ sentiasa memandang serius kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh mereka yang sentiasa mengabaikan undang-undang atau peraturan ditetapkan.

7. JPJ juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.

Justeru, orang ramai waspada pastikan cukai kenderaan anda tidak tamat tempoh ya!

Baca juga Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!