Sharifah Shawati dedah jantung di sebelah kanan atau dekstrokardia, hanya tahu semasa daftar kerja pramugari

Iklan
Sharifah Shawati dedah jantung di sebelah kanan atau dekstrokardia, hanya tahu semasa daftar kerja pramugari (1)

NAMA Dr Sharifah Shawati Syed Mohd tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri penyiaran tanah air.

Bekas penyampai berita TV3 sejak itu memiliki gaya dan personaliti tersendiri sekali gus menawan hati para penonton.

Iklan
Iklan

Shawati yang memulakan kerjaya penyampai berita sambilan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1988. Dalam masa yang sama beliau juga ketika itu bertugas sebagai ketua pramugari di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Shawati yang kini mengembangkan sayapnya sebagai ahli perniagaan, pakar motivasi dan mengasaskan syarikat Adamaya Consultancy and Services.

Iklan

Baca juga: Bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga boleh alami penyakit jantung berlubang. Ini penjelasan pakar

Iklan

Dalam satu temu ramah bersama pelakon dan pempengaruh, Zarul Umbrella, pemegang ijazah profesional dalam bidang Pentadbiran Perniagaan itu mengimbau kenangan ketika memulakan kerjaya di awan biru.

Salah satunya berkaitan jantung terletak di sebelah kanan atau keadaan dinamakan dekstrokardia yang hanya dikesan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sesi temu duga pekerjaan itu.

" Ketika itu sedang temu duga, saya pun tak tahu perkara itu. Apabila dibuat pemeriksaan, didapati jantung saya terletak pada dada di sebelah kanan," katanya.

Baca juga: Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

Ujar Shawati, beliau hampir tidak berjaya mendapatkan jawatan berkenaan kerana pihak pengurusan risau tentang masalah kesihatannya.

Namun, hasil pemeriksaan lanjut, Shawati disahkan normal.

"Saya pun buat check (medical check), I almost did not get the job because they think something wrong with me.

"Kemudian saya buat pemeriksaan lanjut dengan doktor lain, rupa-rupanya ia normal. Saya sihat walafiat, cuma jantung sahaja di sebelah kanan. Jadi saya adalah unik!

"Saya terkejut dan ketika temu duga itulah baru pertama kali saya tahu yang jantung saya berada di sebalah kanan. Ibu bapa saya juga tidak mengetahuinya.

Alhamdulillah saya dapat pekerjaan itu,"ujarnya.

Baca juga: Pramugari cantik angkat sawit, ramai yang cair hati, sanggup beri mas kahwin RM50, 000

Menerusi ruangan komen, warga maya berkongsi tentang keadaan yang sam. Malah tidak kurang juga yang baharu mengetahui keadaan tersebut.

-"Dextrocardia, my son pun sama. Alhamdulillah normal sahaja."

-"Semasa saya admitted untuk pembedahan apendiks, saya jumpa geng patient jantung sebelah kanan. Dia hanya mendapat tahu selepas kemalangan."

-"Sama dengan saya, jantung kita sebelah kanan. Doktor kata  saya seorang yang istimewa kerana sihat."

-"Masya-ALLAH, baru tahu ada kes unik, jantung sebelah kanan."

Apakah sebenarnya dekstrokardia? Berikut tiga fakta mengenainya:

1-Ia adalah keadaan jarang jumpa yang berlaku satu dalam 12,000 kelahiran.

2-Bagi individu yang mengalami dekstrokardia, jantung mereka terletak pada sebelah kanan dada dan bukan kedudukan normal di sebelah kiri.

3-Dekstrokardia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi ia cenderung berlaku dengan keadaan lain yang boleh memberi kesan serius pada jantung, paru-paru dan organ penting lain.

Baca juga: Manis bertudung bawal, penampilan anggun Tengku Permaisuri Selangor selepas tunai haji jadi tumpuan warganet

Sumber: Instagram Zarul Umbrella, Hello Sehat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!