Remaja 15 tahun alami detik hitam dirogol 2 lelaki etnik Rohingnya, 8 fakta berkaitan

Iklan
rogol

Remaja 15 tahun alami detik hitam dirogol 2 lelaki etnik Rohingnya, 8 fakta berkaitan

REMAJA perempuan berusia 15 tahun alami detik hitam apabila dirogol dua lelaki etnik Rohingnya baru dikenalinya.

Iklan
Iklan

Mangsa sebelum itu dibawa bersiar-siar menaiki kereta di Klebang, Melaka, Jumaat lalu.

Remaja malang itu ditemui antara jam 2 hingga 3 pagi di sebuah taman permainan di Batu Berendam oleh rakan-rakan abangnya yang membantu mencari remaja itu selepas mengetahui dia tidak pulang ke rumah.

Iklan

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berikut info kejadian;

1. Terdahulu polis menerima laporan kejadian dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Iklan

2. Siasatan mendapati mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya pada 14 September kira-kira jam 2 petang untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang dikenalinya.

Baca juga Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol

3. Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal sekitar jam 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya yang dikenali berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

4. Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki kereta Proton Preve dipandu suspek kedua sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

5. Selepas dirogol mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam.

6. Bertindak atas maklumat polis berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek lelaki Rohingya pada hari sama dan direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

7. Suspek pertama seorang penganggur dan kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Baca juga Melampau sangat bila sanggup tunjuk anu! 5 langkah ini mangsa perlu buat segera

8. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat.

Untuk rekod ini kejadian jenayah kedua membabitkan etnik Rohingya yang dilaporkan tahun ini selepas Januari lalu, negeri ini digemparkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dicabul lelaki Rohingya di Semabok.

Buat ibu bapa atau penjaga, sentiasalah waspada anak-anak supaya kejadian seperti ini tidak berlaku kepada ahli keluarga kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!